Akan berlaku kepada hampir semua ibu-ibu selepas bersalin dalam tempoh 1 bulan hingga 5 bulan dan ia menjadi isu besar yang merisaukan hati para ibu-ibu.
Seperti kakfarah, di usia nafeesa 3 bulan rambut kakfarah mula gugur dan hari demi hari makin banyak yang gugur. Bila syampoo dah banyak rambut gugur yang keluar, bila sikat lagi bertambah banyak. Tengok kepala di cermin pon rasa takut sebab dah seakan kelihatan botak.
Bila mengadu dengan mak, beberapa petua yang mak kongsikan. Salah satu nya, guna santan kelapa. Masak santan hingga masak sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan sejuk. Kemudian ratakan di rambut dan dibiarkan semalaman. Bila di fikirkan agak leceh petua ni sebab kita akan rasa tak selesa dengan keadaan rambut macam tu. Maka, kakfarah mula kan sessi mencari info kenapa berlakunya rambut gugur dan apa rawatan moden yang boleh kita buat tanpa menjejaskan aktiviti seharian kita.
Mak ada juga kata, rambut gugur sebab bayi dah pandai main air liur. Sembur-sembur air liur. Tapi bagi kakfarah ni mitos sahaja sebab nafeesa sikit pon takde main air liur. Alhamdulilah, takde lagi leleh-leleh air liur nye sampai mak mertua pon tegur ' mama ni mesti boleh makan masa mengandung dulu' ( maksudnya apa sahaja makanan kakfarah inginkan waktu mengandung dulu dapat makan ) Alhamdulilah takde sangat teringin nak makan yang pelik-pelik.
So, apa punca rambut gugur teruk selepas bersalin ni ? sampaikan rambut yang lebat cantik dulu kian mipis dan kusut ?
1. keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut sehari
2. Ibu-ibu harus faham hormon dalam darah berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3. Walaupun rambut banyak gugur, para ibu tidak perlu risau atau panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebalikya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
4. Biasanya lebih kurang 85-95 peratus rambut , 5-15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu, ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan rehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersali, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran rambut yang luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum mengandung. Ini akan mengambil masa antara 6-12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa yang perlu dilakukan bila berhadapan dengan situasi seperti ini ?
1. Ibu-ibu perlu mengambil makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi
2. Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mewarna, mengeriting, melurus sehingga rambut kembali normal
3. Penggunaan wig harus dielakkan kerana kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
4. Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut yang sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum tyhroiditis.
Makanan yang disarankan untuk ibu-ibu ambil ketika berhadapan dengan situasi keguguran rambut
1. Telur dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yougurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
2. Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
3. Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.
4. Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
5. Buah-buahan segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.
6. Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.
7. Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
8. Kunyit Dan Jintan
merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
9. Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.
Bagi kakfarah, paling mudah nya konsisten dengan ESP shaklee kerana tinggi protein. Semoga entry ini memberi manfaat kepada anda semua.
Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.
Berminat?? Jom dapatkan dengan saya Agent SAH Shaklee IPOH anda !!
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE SELAMA PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE SELAMA KEDAH
PENGEDAR SAH SHAKLEE ST18 IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE BOTANI IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE BATU GAJAH IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE MERU IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE CHEMOR IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJOI IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMBUN IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE SUNWAY IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE KG KEPAYANG IPOH
SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO : 987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH
No comments:
Post a Comment