Tuesday, 16 May 2017

Anda Ibu Menyusu Yang Berpuasa ? Ikuti 7 Tips Ini Agar Susu Tidak Merudum

Anda Seorang Ibu Menyusu Dan Berpuasa ? Ikuti Tips ini agar Susu Tidak Merudum

Bulan puasa semakin menghampiri. Bagi ibu-ibu yang menyusu saat ini paling menjadi kerisauan dihati. 

Risau sekiranya berpuasa susu juga merudum. Tapi ibu-ibu harus faham, walaupun dalam islam ada menyatakan boleh berbuka sekiranya khuatir menjejaskan anak namun kita sebagai hamba NYA wajib berusaha sebelum menyerah kalah.


Berpuasa dan menyusukan anak bukan la perkara yang mudah tetapi bukan la susah sangat. 


Mindset perlu kita tanam supaya kita kekal positif. 

Konsep Asas penyusuan seperti kekerapan pump atau direct feeding jangan di tinggalkan untuk memastikan susu ibu sentiasa ada demand(permintaan)

Entry kali ini saya akan kongsikan 7 tips yang perlu ibu-ibu lakukan supaya susu tetap seperti biasa walaupun ketika berpuasa.

1. Set Minda Perkara Positif



Bila tiba bulan puasa selalu bermain di fikiran kita macam

"mana lah nak puasa nanti mesti lebih dahaga" 

"susahnya nak puasa takut badan terhidrat"

 " Esok dah nk puasa susahlah anak menyusu" 

Awal-awal lagi kita dah block fikiran kita dengan perkara-perkara negatif. 

Sepatutnya kita berfikiran lebih positif dan tanamkan niat nak berpuasa dan yakin rezeki anak tetap ada berkat kita berusaha mengerjakan rukun islam yang ke-3 ni.


2. Faham konsep Demand n Supply

Ibu-ibu harus faham, penyusuan ini adalah dari konsep demand n supply. 

Kita harus menjaga jadual pum kita. wajib ikut jadual pum yang sepatutnya supaya susu boleh terhasil mengikut demand anak.

Jadi apa yang perlu kita lakukan semasa bulan puasa adalah meneruskan mengepum walaupun susu tetap berkurang. 

Iya, susu akan merudum sedikit namun kita perlu kerap mengosongkan payudara agar susu sentiasa terhasil semula. 

Konsep demand n supply, Lagi kerap kita mengosongkan payudara, lagi mudah susu akan dihasilkan semula.



3. Jangan Skip Sahur

Ini pengalaman saya sendiri yang mula belajar berpuasa selepas berpantang ni. 

Saya sudah berniat malam tu untuk berpuasa sunat tetapi saya tidak terjaga untuk bersahur. Saya teruskan berpuasa dengan memfokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif, Namun tak sampai tengahari saya yang macam nak pengsan. 

Maka nya, sangat bahaya ibu menyusu skip sahur. Mulai hari itu saya berusaha bangun bersahur dan tidak lupa mengambil kurma kerana kurma mampu memberikan tenaga yang berpanjangan. 

Ibu menyusu memang akan keletihan seharian kerana zat-zat telah diserap kedalam susu badan. 

Selepas saya mengambil sahur, saya dapat berpuasa seperti biasa dan tiada masalah untuk menyusukan anak. 



4. Berdoa




Apa pon yang kita usahakan kita wajib berdoa kepada Allah SWT supaya segalanya dipermudahkan. 

Semoga segala usaha kita dengan bantuan Allah swt mampu kita meneruskan puasa sambil memberikan yang terbaik untuk anak kita. 

Jangan malu untuk meminta supaya Allah memperbanyakkan susu kita ketika berpuasa ini dan minta Allah sihatkan kita dan kuatkan kita sepanjang mengerjakan ibadah puasa ini.

Menyusu bukan alasan untuk kita tidak berpuasa. Berdoa juga semoga seberapa banyak pun susu yang kita dapat pada hari itu menjadi keberkatan kepada anak kita. Insyaallah.


5. Minum Air Kosong

Seeloknya, jangan langsung mengambil minuman ais! 

Ini kerana ia adalah salah satu penyebab kenapa susu badan kita merudum. 

Banyakkan minum air kosong atau air suam. 

Selepas berbuka pastikan minum air kosong dengan banyak bagi menggantikan air yang hilang di siang hari. 

Tips nye minum sedikit-sedikit tetapi kerap bukan sekaligus. 

Maka secara tidak langsung memastikan susu ibu masih terhasil dengan lancar tetapi perlu berkonsepkan Supply n Demand


6. Banyakkan Mengambil Makanan Yang Berkhasiat

Banyakkan memakan makanan yang boleh meningkatkan paras hormon prolaktin seperti
Oats
Barli
Lada hitam
Bawang Putih
Bayam hijau
Kacang pis
Salmon
Madu
Lobak putih
Daun sedari
Salad
Kentang


7. Ambil Supplemen

Cuba ambil supplement bagi membantu menambahkan zat-zat dan nutrisi ke dalam tubuh badan. 

Ambil juga supplement yang boleh membantu membekalkan tenaga seharian juga mengelakkan badan dari terhidrasi. 


Shaklee membawakan set berpuasa bagi ibu-ibu menyusu supaya terus kekal bertenaga dan susu juga semakin bertambah ketika berpuasa. 

Set Berpuasa terdiri dari Mealshake, Esp , Perfomance

Ia memberikan tenaga, mengenyangkan dan mengelakkan badan dari terhidrasi sepanjang berpuasa. 

Jika berminat anda boleh dapatkan set ini dari saya

set puasa untuk ibu menyusu



  
Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.



Namun Allah telah memberikan kelonggaran kepada ibu yang hamil dan menyusu yang berpuasa untuk membuka puasa dan tidak meneruskan  puasa di atas sebab kesihatan dan jika risau akan keadaan diri dan anak tidak cukup susu.

Gunakan rukhsah ini sebaiknya berdasarkan keadaan ibu dan bayi anda. Setiap ibu tidak sama dan lihat kemampuan diri anda sendiri.

Tetapi saya galakkan anda mencuba dahulu tips yang saya kongsikan ini dan jangan cepat mengalah. Jangan lupa untuk terus berdoa minta pertolongan dari Allah supaya dipermudahkan segala urusan.

Yang baik dari Allah Yang buruk semua dari saya. Sekian tips dari saya dan semoga ia bermanfaat kepada anda.

Jika anda ingin dapatkan set berpuasa bagi membantu anda kekal bertenaga , anda boleh terus beli disini secara online 
Atau 
Hubungi saya segera bagi mendapatkan konsultasi dan cara makan yang betul.


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH












No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE