Thursday 9 October 2014

Diet Untuk Ibu Hamil

Perlu ke diet time2 mengandung ni???? haaaa.......mesti korang runsing kan kalo g checkup berat xnaik nurse n doktor bising, berat naik plak dah nak kena on BP la...MGTT la...( air gula ) kan...kan..kan....hehhehehe.... ini lah situasi ku sekarang ni...dahla 2kali dah on MGTT air gula tu...lepas tu on BP selang sehari dah, 2kali seminggu pon dah..pastu control mkn lagi..tup2..naik sekilo jgk...hahahahahaha.....doc dah gtaw kalo naik lagi kena on MGTT buat kali ke3..oh Nooo BIG NO..!!! huhu...sedih rasa.........so, fara pon google lah serba sikit camna  nk ber diet untuk ibu hamil.. jom baca...ni hasil google2 ni..fara kongsi bersama yek :)

Memang la kalo bab makan ni selalu orang akan cakap, "eh, makan la banyak sikit , kan makan untuk berdua.." wahhhhhh.......salah okeh...no..no..no....kalo bertanggapan mcm tu korang tunggulah ye semua yg atas tu akn jd kat korang..hehhehe....sebb nya banyak makanan yg boleh bertukar dr gula ke karbo dan karbo ke gula...tue yg asyik ulang on MGTT jek..lagi2 yg ade family history...

Menurut pakar perunding diet, Indra Balaratnam, cara terbaik untuk mendapatkan bekalan nutrisi diperlukan adalah dengan mengikuti panduan pengambilan diet harian berdasarkan piramid pemakanan Malaysia.

"Bukan jumlah makanan yang perlu diberi perhatian sebaliknya kualiti nutrisi perlu diberi keutamaan.

"Menikmati makanan lima kali sehari dalam kuantiti berpatutan lebih baik sekiranya ia dilakukan dengan betul," katanya.

Si ibu perlu membuat pilihan diet daripada lima kumpulan makanan yang ditetapkan agar nutrisi seimbang untuk keperluan bersama.

Pilihan untuk menggabungkan sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang, protein tanpa lemak dalam pemakanan sebelum dan ketika hamil akan memberikan bayi permulaan yang kukuh dalam kehidupan mereka.

Malah, jumlah keperluan tenaga (kalori) bagi ibu hamil berbeza untuk setiap trimester kerana ia makin bertambah bersesuaian dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

* Trimester pertama - ibu perlukan 2,000 kalori dalam setiap hidangan.

* Trimester kedua - ibu perlukan 2,400 kalori dalam setiap hidangan.

* Trimester ketiga - ibu perlukan 2,650 kalori dalam setiap hidangan



Antara keperluan nutrisi sepanjang kehamilan:

* Protein - Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, daging, ayam, telur, tauhu serta kekacang.

* Zat besi - Sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.

Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau berat bayi terlalu rendah.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin C seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

* Asid dokosaheksaenoik (DHA) - Sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buahbuahan dan sayur-sayuran.

* Asid folik - Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600 mikrogram ketika hamil.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberi, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad serta kubis.

* Kalsium - Keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1,000 miligram sehari.

Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semula jadi, badan akan `meminjam' kalsium daripada tulang bagi membina tulang janin.

Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan kecil seperti ikan bilis dan kekacang.

* Probiotik - Nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bakteria usus malah membantu membentuk sistem pelindung semula jadi dalam sel usus perut.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah bijirin.


Pada masa sama, elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafien seperti kopi, teh serta coklat dan makanan mentah. Elakkan penyediaan makanan tidak bersih juga elakkan makanan tambahan berasaskan herba.

Menurut Indra, mengidam ataupun keinginan wanita hamil terhadap bentuk makanan tertentu juga perkara normal. Ia dialami dalam tempoh kehamilan berbeza dalam kalangan wanita.

Ada juga wanita hamil memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari biasa jika tidak hamil.

Namun keinginan sebegini tidak berlaku kepada semua wanita hamil kerana ia disebabkan perubahan hormon badan yang menyebabkan cita rasa wanita hamil meningkat ataup berkurang.

"Mengidam tidak salah dan tidak membahayakan jika si ibu dapat mengawalnya. Penting untuk menikmati hidangan yang mampu membekalkan nutrisi diperlukan bayi dalam kandungan dan tidak mengambil makanan terbabit secara berlebihan sekiranya mengetahui ia tidak memberikan sebarang kebaikan," katanya.



Thursday 2 October 2014

mom to be ...pengedar sah shaklee ipoh

Assalammualikum ...!!

Hye semua..........rindu tak dengan pengedar shaklee ipoh yg terbaik servis nye ni...hehehe....moga korang2 sihat2 hendakNYA..

Fuh..fuh...berabuk betul blog ni...hahhaa....lama sesgt xjengah blog, entry apatah lagi...hehe....almaklum mom to be pengedar shaklee area ipoh ni idak le berapa larat nk ngadap lappy berjam2...hanpon pon kejap2 je ngadap nye...lebihnye ZzzzzZZzzz,........;p

sekarang ni fara dah genap 28weeks...hikhik..sgt cepat masa berlalu...tinggal lagi 2 bulan je nk tatap muka baby..wahhhh..sgt xsabar !!! excited sgttttttt.......!!!! keperluan baby jgak alhamdulilah dah byk dan hampir lengkap..brg2 mama jek xdek lagi...itu xpe..nti2 boleh shopping :)

eh,eh....ape yek tujuan entry ni??? hahhahaha....bebel suda...tujuan lupa...oh no...sgt2 pelupa sekrg ni...apakah??? harap2 esok pas bersalin back to normal lah...:)

oh yaa.....ingat suda...
entry ni nak bgtaw kome2 yg cari set2 hamil, set ibu hamil, set berpantang, set menyusu...or lain2 produk shaklee boleh la terus emailkan pada fara ye....atau senang nye meh kita wasap2...insyaallah mana yg fara tahu akan dikongsikan...free consultion omputih kata..hehe...tp jgn le amik kesempatan plak...mentang2 fara dah citer tips2..korang2 g beli ngn org lain..owhh..satu penganiyaan taw !!!! xbaik sgt........:(


oklah, kalau korang nak dapatkan produk2 shaklee ni secara cod area IPOH ni...sila2 lah contact fara ye....yg duduk meru, manjoi, taman jati, sg.pari, buntong, kg.kepayang, maxweel, semua ni boleh cod kat tempat keje fara ye,,SMK DR MEGAT KHAS..mudah..jimat kos pos korang..

bagi yang duduk tambun, tanjung rambutan, bercham. st18, lahat, menglembu, taman perpaduan, kledang, moh kita cod kat mana2 yek..boleh sja memana pon...senang kata satu IPOH ni boleh cod...insyaallah...

bagi yg luar IPOH tu.., fara pos lah ye...insyaallah kos pon idak le mahai bebenor...rate biasa je...
ok semua...utk kawan2 dok area IPOH ni mari cari shaklee dgn fara ye...tiptop punya servis..insyaallah..

eh..terpanjang pulak bebel...ok semua..daaa............;p wassalam

Monday 16 June 2014

Supplement Ketika Berpuasa


Salam dear all. Kita akan menempuhi Ramadan tak lama lagi kan, di sini saya mahu kongsikan supplemen wajib yang menjadi pilihan ramai untuk berpuasa, Performance Drink. Minuman berperisa oren ini sangat enak bila di minum sejuk .Mari kita tengok apa kelebihannya Performance Drink ini ya?



Sekilas Fakta:


  • Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
  • Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat yang penting untuk tenaga dan stamina berpanjangan.
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan  untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Siapa yang perlukan PERFORMANCE DRINK?

  • Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa
  • Ahli Sukan
  • Mereka yang sibuk dan kurang minum air
  • Mereka yang banyak berjemur atau bekerja on site
  • Orang yang demam, PD mengelakkan badan menjadi dehidrated
  • Anak-anak kecil yang bersekolah, terutama yang baru hendak belajar berpuasa.
  • Semua individu di galakkan ambil performance drink bagi mengelakkan kelesuan dan agar kekal bertenaga

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan. Shaklee perfomanfe terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, perfomance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. 

Secara ringkasnya minuman perfomance drink ini sama fungsinya seperti air 100plus, tetapi air yang berada di pasaran mengandungi terlampau banyak gula dan tidak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Berbeza dengan perfomance drink ini, ianya tiada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan, selamat untuk semua golongan daripada kanak-kanak hinggalah warga tua.

Apakah yang membuatkan kita bertenaga sepanjang hari?
Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Bagi penggemar produk shaklee, Perfomance Drink ini erupakan produk yang paling digemari di bulan ramadhan dan merupakan salah satu gabungan Tripple Gem yang menjadi kegemaran ibu-ibu yang sentiasa aktif dan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka serta ibu-ibu hamil.

Jika berminat hubungi saya untuk dapatkan perfomance drink anda hari ini juga ^^

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.


                                     


Sunday 8 June 2014

 TIPS BERPUASA IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum semua!

Hari ni nak share tips-tips berpuasa untuk ibu hamil... kebetulan jugak nih, ramai ahli keluarga & kenalan rapat saya yg sedang hamil sekarang nih.. termasuk lah saya sendiri..hehhehe ..tapi alhmdulilah setakat hari ini alahan saya tidak lah teruk sangat..loya2 sikit tue je...

sesetengah kenalan rapat ada yg baru 3 bulan dan masih loya-loya, ada yg sedang selesa di trimester kedua, dan ada jugak yg dah sarat nak 'tunggu hari' je.. hehehe.. apa-apa pun, saya sendiri sedang melatih diri menjalani ibadah puasa sekarang ni sebagai persiapan diri untuk RAMADHAN nanti.. Ternyata, MEMANG KENA JAGA PEMAKANAN tau untuk memastikan kita kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka! (^_^)

Ok, jom kita tengok wahai mak buyung-mak buyung sekalian ye... ^_^



Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.


Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • Susu atau yogurt rendah lemak;
  • Sup jernih.
  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh; dan, banyak sayur-sayuran.
  • Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan



Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:



  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat


Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.


Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadhan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu saya bertenaga sepanjang hari saya berpuasa? 

Adaaaa! Ini dia... gabungan Triple Mighty Gem! Boleh dicampur ketiga-tiganya untuk dijadikan hidangan ENERGY SHAKE anda sepanjang Ramadhan!


tips berpuasa untuk ibu hamil



MEALSHAKES >> dengan rasa French Vanilla yg lazat, ia akan meambahkan perasa yg lazat pada Energy Shake anda! Dengan 19 vitamin & mineral yg lengkap, ia akan memastikan badan anda mendapat bekalan yg secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka!

ESP >> Energy Booster berasaskan non-GMO soya & kaya dengan protein ini, akan menjadikan akan berasa kenyang untuk jangka masa yg lama..

PERFORMANCE DRINK>> mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatka hidrasi. memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium. memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.




SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.



Monday 19 May 2014

Vitamin Shaklee Yang Boleh & TIDAK Boleh Untuk Ibu Hamil

Ibu Hamil Perlu Tahu Ape Yang Boleh diambil Dan yang TIDAK boleh ketika mengandung. Jadilah orang yang berilmu dalam memilih supplement atau vitamin yang nak dimakan supaya nanti tidak ditipu oleh SID yg tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan.

Ibu mengandung perlu elakkan dari mengambil 
( kecuali recommendation from doctor )

☒ ALFALFA
☒ DTX COMPLEX
☒ COLLAGEN POWDER
☒ GARLIC COMPLEX
☒ HERBLAX
☒ LECITHIN
☒ NUTRIFERON
☒ VITAMIN E
☒ GLA COMPLEX
☒ VIVIX
☒ OMEGA GUARD ( hny recommend ketika usia kandungan 5- 8 bulan shj..)

vitamin2 yang tidak disyorkan ini kebanyakkan nye bersifat antioksidan dan panas. Dan sifat ini sangatlah tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Ini kerana bimbang akan kesan nye kepada baby. Walaubagaimanapun, jika ade keperluan untuk mengambil vitamin2 tersebut perlulah mendapat nasihat dari doktor anda.


Vitamin yang dicadangkan jika anda adalah seorang ibu mengandung

☑ ESP
☑ B COMPLEX
☑ VITAMIN C
☑ VITALEA
☑ OSTEMATRIK
☑ Omega Guard ( utk 5-8 bulan shj )


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.

Wednesday 14 May 2014

Vitamin Terbaik Di Awal Kehamilan



Ada ibu-ibu yang ingin mencuba vitamin Shaklee semasa mengandung namun masih risau dan tak tahu kebaikkannya. Di sini saya kongsikan pengalaman ibu mengandung yang telah mengambil vitamin Shaklee.











Nutrien penting untuk ibu hamil:

Peranan Protein:
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperkukan olej placenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas sekali, kehamilan dan penyusuan ibu memerlukan kehadiaran protein. Jadi, haruslah ibu menambah sumber protein sihat dalam diet harian mereka. 


Peranan Asid Folik/Folat:
Asid Folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang. Malah, ia menyumbang dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan sepanjang kehamilan dan dalam diet wanita yang masih subur.


Peranan Kalsium:
Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet ibu membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kalsium untuk keperluan tubuh ibu. Di samping untuk, khasiat kalsium sangat luas termasuklah menghalang kekejangan otot yang sering dialami ketika hamil dan kontraksi di saat melahirkan. 


Peranan Asid Lemak Omega 3
Juga dikenali sebagai DHA diperlukan untuk pembinaan otak dan retina. Ikan salmon dan ikan tenggiri mengandungi tinggi DHA tetapi tidak digalakan diambil lebih dari 2 kali seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen omega 3 adalah altenatif terbaik. 
Vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung?

Vitamin Shaklee yang disyorkan untuk ibu hamil mengikut peringkat kehamilan:

1) Untuk ibu hamil trimester 1 (0-14 minggu)



B Complex 
♥ mengandungi kesemua 8 vitamin B
♥ diformulakan dengan sistem penyerapan bioaktif untuk penyerapan yang lebih baik
♥ Dilengkapi dengan asid folik yang sangat mudah diserap tubuh 

Vitamin C 
♥ tinggi anti oksida untuk melawan radikal bebas dari pencemaran dan proses normal tubuh
♥ menguatkan antibodi untuk melawan penyakit 


Vitalea 
♥ multivitamin terbaik dengan formula zat besi yang menbantu menghasilkan darah yang sihat dan membantu fungsi badan secara keseluruhan. (tidak perlu ambil OBIMIN lagi jika mengambil Vita-lea)


Ostematrix/Kalsium
♥ mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian tubuh
♥ kadar penyerapan yang baik oleh tubuh
♥ lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kebaikkan fungsi kalsium 



2) Untuk ibu hamil trimester 2 (14-28 minggu) dan trimester 3 (28-42 minggu)

Mommies perlu meneruskan pengambilan Set J di atas (4 vitamin) cuma perlu menambah dua lagi vitamin iaitu..

OMEGA GUARD/ ASID LEMAK OMEGA 3

♥ mengandungi minyak ikan (tidak berbau) dan terdapat DHA dan EPA yang penting untuk janin.

♥ menawarkan spectrum penuh asid lemak omega-3 yang bergred tinggi dan selamat dimakan.
♥ bagus untuk otak dan jantung bayi dan ibu. (fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata)


ESP / ENERGIZING SOY PROTEIN

♥ rendah lemak -bukan GMO bermakna tidak diubah secara genetik
 lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. 
♥ memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh. Malah, baik untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit. (mengelak kecacatan pada janin)
♥ ESP juga dapat membantu mommies yang mengalami masalah morning sickness.

Bertindaklah sekarang. Buat mommies yang sedang hamil, sentiasa ada peluang dan kesempatan untuk mommies mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil. Vitamin Shaklee dapat memastikan keselamatan dan kesihatan yang terbaik buat mommies dan anak yang bakal lahir. InsyaAllah. 


Kongsikan artikel ini, jika ia berguna untuk orang disekeliling anda yang tersayang.

BERMINAT?? HUBUNGI

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.


Tuesday 6 May 2014

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?




Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:   Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:    Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Q:   Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



Q:   Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:   Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

  • Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

  • Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin, usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

  • Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

  • Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

  • Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

  • Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

  • Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

  • Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

  • Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

  • Edema (membengkak) Masalah buah pinggang






Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE