Monday 19 May 2014

Vitamin Shaklee Yang Boleh & TIDAK Boleh Untuk Ibu Hamil

Ibu Hamil Perlu Tahu Ape Yang Boleh diambil Dan yang TIDAK boleh ketika mengandung. Jadilah orang yang berilmu dalam memilih supplement atau vitamin yang nak dimakan supaya nanti tidak ditipu oleh SID yg tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan keuntungan.

Ibu mengandung perlu elakkan dari mengambil 
( kecuali recommendation from doctor )

☒ ALFALFA
☒ DTX COMPLEX
☒ COLLAGEN POWDER
☒ GARLIC COMPLEX
☒ HERBLAX
☒ LECITHIN
☒ NUTRIFERON
☒ VITAMIN E
☒ GLA COMPLEX
☒ VIVIX
☒ OMEGA GUARD ( hny recommend ketika usia kandungan 5- 8 bulan shj..)

vitamin2 yang tidak disyorkan ini kebanyakkan nye bersifat antioksidan dan panas. Dan sifat ini sangatlah tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Ini kerana bimbang akan kesan nye kepada baby. Walaubagaimanapun, jika ade keperluan untuk mengambil vitamin2 tersebut perlulah mendapat nasihat dari doktor anda.


Vitamin yang dicadangkan jika anda adalah seorang ibu mengandung

☑ ESP
☑ B COMPLEX
☑ VITAMIN C
☑ VITALEA
☑ OSTEMATRIK
☑ Omega Guard ( utk 5-8 bulan shj )


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.

Wednesday 14 May 2014

Vitamin Terbaik Di Awal Kehamilan



Ada ibu-ibu yang ingin mencuba vitamin Shaklee semasa mengandung namun masih risau dan tak tahu kebaikkannya. Di sini saya kongsikan pengalaman ibu mengandung yang telah mengambil vitamin Shaklee.











Nutrien penting untuk ibu hamil:

Peranan Protein:
Protein diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi. Ia juga diperkukan olej placenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelas sekali, kehamilan dan penyusuan ibu memerlukan kehadiaran protein. Jadi, haruslah ibu menambah sumber protein sihat dalam diet harian mereka. 


Peranan Asid Folik/Folat:
Asid Folik penting untuk pembentukan otak dan saraf tunjang. Malah, ia menyumbang dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan sepanjang kehamilan dan dalam diet wanita yang masih subur.


Peranan Kalsium:
Kandungan kalsium yang mencukupi dalam diet ibu membantu bayi untuk mendapat tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kalsium untuk keperluan tubuh ibu. Di samping untuk, khasiat kalsium sangat luas termasuklah menghalang kekejangan otot yang sering dialami ketika hamil dan kontraksi di saat melahirkan. 


Peranan Asid Lemak Omega 3
Juga dikenali sebagai DHA diperlukan untuk pembinaan otak dan retina. Ikan salmon dan ikan tenggiri mengandungi tinggi DHA tetapi tidak digalakan diambil lebih dari 2 kali seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi supplemen omega 3 adalah altenatif terbaik. 
Vitamin Shaklee apa yang sesuai untuk diambil oleh ibu mengandung?

Vitamin Shaklee yang disyorkan untuk ibu hamil mengikut peringkat kehamilan:

1) Untuk ibu hamil trimester 1 (0-14 minggu)



B Complex 
♥ mengandungi kesemua 8 vitamin B
♥ diformulakan dengan sistem penyerapan bioaktif untuk penyerapan yang lebih baik
♥ Dilengkapi dengan asid folik yang sangat mudah diserap tubuh 

Vitamin C 
♥ tinggi anti oksida untuk melawan radikal bebas dari pencemaran dan proses normal tubuh
♥ menguatkan antibodi untuk melawan penyakit 


Vitalea 
♥ multivitamin terbaik dengan formula zat besi yang menbantu menghasilkan darah yang sihat dan membantu fungsi badan secara keseluruhan. (tidak perlu ambil OBIMIN lagi jika mengambil Vita-lea)


Ostematrix/Kalsium
♥ mengandungi kandungan kalsium yang mencukupi untuk keperluan harian tubuh
♥ kadar penyerapan yang baik oleh tubuh
♥ lengkap dengan magnesium dan vitamin D untuk kebaikkan fungsi kalsium 



2) Untuk ibu hamil trimester 2 (14-28 minggu) dan trimester 3 (28-42 minggu)

Mommies perlu meneruskan pengambilan Set J di atas (4 vitamin) cuma perlu menambah dua lagi vitamin iaitu..

OMEGA GUARD/ ASID LEMAK OMEGA 3

♥ mengandungi minyak ikan (tidak berbau) dan terdapat DHA dan EPA yang penting untuk janin.

♥ menawarkan spectrum penuh asid lemak omega-3 yang bergred tinggi dan selamat dimakan.
♥ bagus untuk otak dan jantung bayi dan ibu. (fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata)


ESP / ENERGIZING SOY PROTEIN

♥ rendah lemak -bukan GMO bermakna tidak diubah secara genetik
 lengkap dengan semua 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. 
♥ memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh. Malah, baik untuk pembentukkan kuku, rambut dan kulit. (mengelak kecacatan pada janin)
♥ ESP juga dapat membantu mommies yang mengalami masalah morning sickness.

Bertindaklah sekarang. Buat mommies yang sedang hamil, sentiasa ada peluang dan kesempatan untuk mommies mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil. Vitamin Shaklee dapat memastikan keselamatan dan kesihatan yang terbaik buat mommies dan anak yang bakal lahir. InsyaAllah. 


Kongsikan artikel ini, jika ia berguna untuk orang disekeliling anda yang tersayang.

BERMINAT?? HUBUNGI

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.


Tuesday 6 May 2014

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?




Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:   Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:    Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.



Q:   Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.



Q:   Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:   Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

  • Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

  • Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin, usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

  • Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

  • Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

  • Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

  • Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

  • Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

  • Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

  • Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

  • Edema (membengkak) Masalah buah pinggang






Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Sunday 4 May 2014

Anugerah Terindah Dalam Hidup Ku ^^

Assalammualaikum.........

Salam bahagia pembaca sekalian.. Alhmdulilah kita masih diberi nikmat untuk terus hidup di dunia ni dan mengerjakan yang wajib keatas kita sebagai hambaNYA..

Disini Ara nak kongsi kan sesuatu yang indah berlaku pada Ara dan suami...Di penghujung bulan April kami diberikan nikmat rezeki yang kami tunggu selama ini..ALHAMDUILAH .......

Sebenarnya Ara berTTC selama setahun la iaitu sepanjang kami berkahwin..sebulan lepas kahwin Cik P datang..so, try lagu next month smpai lah berbulan2 xjugak pregnant..huhu memang sedih..dengan mulut orang asyik bertanya je,,tp ara diam je..jwb je belom rezeki..

Yang boleh Ara terjebak dalam TTC ni, belajar ilmu TTC ini adalah dari salah sorang customer shaklee Ara, Kak Una..dia ni dah 2 tahun kawen tapi masih tiada rezeki..kami kenal dan kak una beli set hamil dari Ara tapi belom juga berhasil..tapi alhmdulilah ukhwah fillah kami berterusan...dan kak una nilah yang add Ara dalam group TTC di facebook. Dari situ, Ara korek ilmu2 TTC ni..Ara belajar kenal diri Ara, Cik P Ara dan sebagainya..Alhmdulilah...hasil nye..berbaloi !!

TARAAAA................................:)


Memula test dengan UPT biasa lepas tu naik 2 line..memang mcm xpercaya je , then En hubby suh test dengan ClearBlue..hehe Alhmdulilah masa tu da 4w ..:)


Antara supplement yang ara dan suami consume semestinya lah SHAKLEE 100%..tiada supplemnt lain selain shaklee..dan syukur Cik P ara tak pernah miss..regular la setiap bulan dengan cycle 32days.. tapi Ara ada sengugut yang sangat teruk..so ara amalkan GLA Complex shaklee 2biji sehari setiap hari..sebulan lepas tu Cik P datang ting tong...memang tak dinafikan GLA menganggu juga Cik P ara tapi hanya untuk sebulan je..masa tu cycle jd 38days..fuh..masa tue dah rasa cam pregnant..tp test xde naik double line pon..tup2 lepas tu Cik P datang..frusttt giler..hehhee...tapi Alhamdulilah bulan tu beransur sengugut Ara dan bulan seterusnya cycle kembali asal dan alhamdulilah sengugut terus hilang !! Ajaibnye rasa... 

Selain itu Ara ada keputihan yang agak teruk..so bila konsisten dengan ALFALFA SHAKLEE 2 bulan hilang keputihan tu..then baru lah Ara konsisten dengan set kesuburan dan ikut cara makan set kesuburan. so tips nya di sini, kita perlu selesaikan satu2 masalah dalaman kita dahulu baru lah kita fokus kepada hamil.. Iya, ara faham perasaan anda semua, Ara juga seperti anda juga..nak cahaya mata secepat yang boleh kan..tapi percayalah sabar dan selesaikan masalah satu persatu2 dan konsisten..insyaallah KUN FA YA KUN..rezeki pasti berpihak pada kita juga.


Kemudian, Ara cuba gunakan OPK ( Ovulation  Predictor Kit ) , benda alah ni Ara guna untuk kaji bila masa subur Ara..sebab nya kita orang perempuan ni bertelur hanya sekali dalam sebulan mean, Ovum kita dilepaskan sehari sahaja dan bertahan hanya 36jam sahaja..so time ni lah kena BD ( baby dancing ) or make love dengan hubby..hehe...supaya dapatlah spem n ovum bertemu...:)


suke yek spem tue bila dh dpt msuk dlm ovum..hehhehehe ;p

Ara start buat test ni masa cd15 iaitu dikira dari hari pertama kita period di panggil cd1( Cycle day 1 )..so disebabkan cycle Cik P Ara 32days..ara bahagi 2 ( 32 / 2 = 16 ) so sepatutnya ara start buat masa cd16 tapi dah tak penyabar ara buat masa cd15..lg pulak sebagai langkah2 berjaga2..mana lah tahu kan Ara subur awal ke bulan tu..hehe...so dr gambar kat atas tu cd15 nampak line kabur sangat2..so besok nye ara buat lagi..pon kabur jugak..then repeat lagi cd17 dah npk line makin terang dan finally....cd18double line naik sama terang..so ape tunggu lagi bd lah..hehhe....then petua yang ara buat lagi untuk TTC ni.., lepas bd angkat kaki dan sandarkan ke dinding...lapik bantal bawah punggung..memang ara buat pun..wlau kelakar tapi berbaloi kan...:) ops, lupa....nk buat test cari subur ni kena buat dr kol 8pagi - 8mlm SHJ..



Tanggal 17 april 2014, hati ni tak tentu arah..nak jugak test upt..sebabnya rasa sengal2 pinggang macam nk sengugut tue berhari2 terasa...ckp dalam hati " aku ni nk sengugut balik ke..teruk sangat sakit ni " so, xmyabar punya pasal ara test jugak petang tu..dan alhmdulilah double line terang sgt ..masa tu pukul 5pm..Bila dah test kat rumah mestilah nak kepastian kan dari doktor..eh betul ke aku ni pregnant..haa...so, khamis minggu hadapan nye Ara g buat buku pink..hehehe xde nak g klinik swasta pon..direct terus buat buku pink...so lepas dah selesai n doc scan..rasa nak menangis bila doc cakap dah nampak kantung..masa ni dah 5w 5d..alhmdulilah..syukur nikmat MU YAALLAH..ALLAHUAKBAR...Aku bersyukur akhirnya permintaan hambaMU ini dikabulkan..



Offically I'm Pregnant !! 

Lain2 pemakanan yg kitaorang makan, susu kambing + madu dan memang dalam sebulan tu hubby suka betul makan kambing bakar..so rasanya ia membantu juga,,,kan kambing sunnah nabi...dan ini semua rezeki dari ALLAH..sebagai hambaNYA kita wajib terus berusaha dan meminta dariNYA.. Mommy2 kat luar sana yang masih menunggu..jgnlah putus asa ye..gali lah ilmu TTC ni sedalam2 nya... bagi Ara..ape yg terjadi ada hikmahnya,,,sebagai contoh,,ara ni setahun menunggu..disebabkan ini ara belajar ape tu TTC, OPK, BBT dan sebagainya..kalo kita senang lekat..kita tak akan belajar ilmu nie.. so syukur alhmdulilah.. bertambah ilmu ara dalam kesuburan,,,insyaallah tak perlu menggunakan pil utk merancang. 
Dengan ilmu TTC ni kita boleh merancang...SUBHANALLAH..perancangan ALLAH itu hebat kan...:)

kalau ade mommy to be kat luar sana yang masih lagi belum dikurniakan zuriat..nak tahu , nak kongsi masalah dengan ara..boleh hubungi ara ye..insyaallah ara akan kongsi kan..nak dapatkan produk shaklee, konsultasi percuma contact ara ye.. nak cod bagi kawasan ipoh, meru, manjoi, bercham, tanjung rambutan, tambun boleh terus hubungi ara ye.. lebih cepat dan mudah. 

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.



Adakah MLM Shaklee Mengikut Syariah?

Semakin lama semakin banyak syarikat yang mengamalkan sistem MLM dan ada yang sekadar ingin mengaut keuntungan berganda tanpa mempunyai produk yang kukuh. Menurut, Ustaz Zaharuddin, asas minima Shariah berikut perlu dipatuhi :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini produk shaklee terbukti berkesan secara klinikal. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri. Shaklee memang mengutamakan kualiti produknya. 

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Ok, yang ini memang confirm bukan. 

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Sebab itu, upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Kalau ada yang tak faham, hubungi upline anda dengan segera kerana anda ada hak terhadap mereka seperti mereka ada hak terhadap anda. Bukan sekadar suruh jadi ahli sahaja tanpa sebarang informasi. Di zaman internet ni, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung secara maya kan. 

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan. 

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat apa-apa pun..

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

Sekali lagi, bantu diri anda memperolehi ilmu dengan menghubungi upline anda dan bantu upline anda menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. 

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

Dah terbukti dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih dia akan mendapat lebih. Dah terbukti downline boleh naik rank lebih tinggi dari upline. 

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Alhamdulillah, setakat ni mudah faham dengan sistem Shaklee yang simple. :)

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Setakat ni modal keahlian Shaklee sama sahaja untuk setiap orang sama ada dia masuk dahulu atau kemudian. Modal lain pula direct kepada Shaklee. Jadi, tak timbul isu ini. 

Alhamdulillah.. Setakat ni saya yakin dengan Shaklee. Teringat dulu ada seorang ahli yang tanya macam-macam tentang hukum MLM ni dan sistem Shaklee. Bersungguh-sungguh saya cari masa tu dan kami berkongsi-kongsi pendapat. Alhamdulillah, akhirnya kami berpuas hati dan kini bersama-sama dalam perniagaan Shaklee.

Yang saya faham, MLM ni boleh jadi haram apabila sistem tu sendiri yang tak betul. Ataupun sistem betul, tapi orang yang memanipulasikan sistem sehingga menjadi haram. Contoh : paksa downline beli produk sehingga beribu-ribu ringgit semata-mata untuk naik rank tapi tak diajar kegunaan produk, kebaikan, bagaimana menjual dan sebagainya.



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.

Saturday 3 May 2014

Promosi Mei - Meal Shake

Assalamualaikum....

Seperti biasa setiap awal bulan shaklee akan umumkan 1 produk promosi yang sangat2 di tunggu oleh semua pengguna Shaklee. Mei 2014 giliran Meal Shake pula menjadi rebutan kepada semua penggemar Meal Shake dan kepada ibu-ibu yang sangat mempercayai meal shake dalam membantu tumbesaran anak mereka.

Pertama sekali dapat sms awal bulan aritu sangat2 lah teruja kerana apa yang shaklee tawarkan sangat2 AMAZING ..!! Nak tahu kenapa??



1 canister Meal Shake pada harga biasa RM113.75. Tapi Sekarang??? wow harga nya sangat2 tak masuk akal !! Memang super jimat tau !! 

Extra best promosi kali ini, jika anda beli 6 canister Meal Shake anda akan dapat PERCUMA 1 canister Meal Shake , PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE & juga anda akan dapat BONUS yg akn terus di debitkan ke akaun anda pada 15 jun 2014. LUMAYAN tak???

So, apa tunggu lagi..jika anda berminat hubungi saya  terus ya. Kalau anda hanya ingin 1 canister Meal Shake sahaja pon tidak mengapa..masih ade bonus untuk anda..:)

Berminat?
Hubungi:

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.
PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT

Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE