Sunday, 4 May 2014

Adakah MLM Shaklee Mengikut Syariah?

Semakin lama semakin banyak syarikat yang mengamalkan sistem MLM dan ada yang sekadar ingin mengaut keuntungan berganda tanpa mempunyai produk yang kukuh. Menurut, Ustaz Zaharuddin, asas minima Shariah berikut perlu dipatuhi :

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini produk shaklee terbukti berkesan secara klinikal. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri. Shaklee memang mengutamakan kualiti produknya. 

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Ok, yang ini memang confirm bukan. 

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Sebab itu, upline perlu menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’nya. Kalau ada yang tak faham, hubungi upline anda dengan segera kerana anda ada hak terhadap mereka seperti mereka ada hak terhadap anda. Bukan sekadar suruh jadi ahli sahaja tanpa sebarang informasi. Di zaman internet ni, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung secara maya kan. 

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan. 

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat apa-apa pun..

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

Sekali lagi, bantu diri anda memperolehi ilmu dengan menghubungi upline anda dan bantu upline anda menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. 

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

Dah terbukti dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih dia akan mendapat lebih. Dah terbukti downline boleh naik rank lebih tinggi dari upline. 

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Alhamdulillah, setakat ni mudah faham dengan sistem Shaklee yang simple. :)

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Setakat ni modal keahlian Shaklee sama sahaja untuk setiap orang sama ada dia masuk dahulu atau kemudian. Modal lain pula direct kepada Shaklee. Jadi, tak timbul isu ini. 

Alhamdulillah.. Setakat ni saya yakin dengan Shaklee. Teringat dulu ada seorang ahli yang tanya macam-macam tentang hukum MLM ni dan sistem Shaklee. Bersungguh-sungguh saya cari masa tu dan kami berkongsi-kongsi pendapat. Alhamdulillah, akhirnya kami berpuas hati dan kini bersama-sama dalam perniagaan Shaklee.

Yang saya faham, MLM ni boleh jadi haram apabila sistem tu sendiri yang tak betul. Ataupun sistem betul, tapi orang yang memanipulasikan sistem sehingga menjadi haram. Contoh : paksa downline beli produk sehingga beribu-ribu ringgit semata-mata untuk naik rank tapi tak diajar kegunaan produk, kebaikan, bagaimana menjual dan sebagainya.



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE