Thursday 9 October 2014

Diet Untuk Ibu Hamil

Perlu ke diet time2 mengandung ni???? haaaa.......mesti korang runsing kan kalo g checkup berat xnaik nurse n doktor bising, berat naik plak dah nak kena on BP la...MGTT la...( air gula ) kan...kan..kan....hehhehehe.... ini lah situasi ku sekarang ni...dahla 2kali dah on MGTT air gula tu...lepas tu on BP selang sehari dah, 2kali seminggu pon dah..pastu control mkn lagi..tup2..naik sekilo jgk...hahahahahaha.....doc dah gtaw kalo naik lagi kena on MGTT buat kali ke3..oh Nooo BIG NO..!!! huhu...sedih rasa.........so, fara pon google lah serba sikit camna  nk ber diet untuk ibu hamil.. jom baca...ni hasil google2 ni..fara kongsi bersama yek :)

Memang la kalo bab makan ni selalu orang akan cakap, "eh, makan la banyak sikit , kan makan untuk berdua.." wahhhhhh.......salah okeh...no..no..no....kalo bertanggapan mcm tu korang tunggulah ye semua yg atas tu akn jd kat korang..hehhehe....sebb nya banyak makanan yg boleh bertukar dr gula ke karbo dan karbo ke gula...tue yg asyik ulang on MGTT jek..lagi2 yg ade family history...

Menurut pakar perunding diet, Indra Balaratnam, cara terbaik untuk mendapatkan bekalan nutrisi diperlukan adalah dengan mengikuti panduan pengambilan diet harian berdasarkan piramid pemakanan Malaysia.

"Bukan jumlah makanan yang perlu diberi perhatian sebaliknya kualiti nutrisi perlu diberi keutamaan.

"Menikmati makanan lima kali sehari dalam kuantiti berpatutan lebih baik sekiranya ia dilakukan dengan betul," katanya.

Si ibu perlu membuat pilihan diet daripada lima kumpulan makanan yang ditetapkan agar nutrisi seimbang untuk keperluan bersama.

Pilihan untuk menggabungkan sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang, protein tanpa lemak dalam pemakanan sebelum dan ketika hamil akan memberikan bayi permulaan yang kukuh dalam kehidupan mereka.

Malah, jumlah keperluan tenaga (kalori) bagi ibu hamil berbeza untuk setiap trimester kerana ia makin bertambah bersesuaian dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.

* Trimester pertama - ibu perlukan 2,000 kalori dalam setiap hidangan.

* Trimester kedua - ibu perlukan 2,400 kalori dalam setiap hidangan.

* Trimester ketiga - ibu perlukan 2,650 kalori dalam setiap hidangan



Antara keperluan nutrisi sepanjang kehamilan:

* Protein - Ia memberi kesan kepada pertumbuhan tisu janin, termasuk otak. Ia juga membantu payudara dan tisu rahim berkembang ketika hamil dan memainkan peranan dalam membantu meningkatkan bekalan darah.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah ikan, daging, ayam, telur, tauhu serta kekacang.

* Zat besi - Sumber nutrisi ini penting bagi membantu meningkatkan jumlah pembentukan darah merah.

Kekurangan zat besi ketika hamil boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang atau berat bayi terlalu rendah.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah daging lembu, makanan laut, ayam, bijirin serta bayam. Bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi, ia diambil bersama kumpulan makanan yang memiliki sumber vitamin C seperti limau, anggur, brokoli, kentang, tembikai dan tomato.

* Asid dokosaheksaenoik (DHA) - Sumber ini penting bagi perkembangan otak bayi.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah salmon, tuna, susu, buahbuahan dan sayur-sayuran.

* Asid folik - Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi dan jumlah disarankan adalah 600 mikrogram ketika hamil.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah oren, strawberi, limau, mangga, tomato, anggur, kiwi, tembikai, bayam, sayuran warna hijau gelap, kekacang, bijirin, telur, salad serta kubis.

* Kalsium - Keperluan harian kalsium ketika hamil adalah 1,000 miligram sehari.

Jika tidak mengambil kalsium mencukupi secara semula jadi, badan akan `meminjam' kalsium daripada tulang bagi membina tulang janin.

Ia turut membantu badan mengawal cecair serta membantu untuk membina tulang dan gigi bayi tanpa menjejaskan keperluan kalsium sendiri. Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah susu, yogurt, keju, ikan kecil seperti ikan bilis dan kekacang.

* Probiotik - Nutrisi ini mempengaruhi komposisi serta aktiviti bakteria usus malah membantu membentuk sistem pelindung semula jadi dalam sel usus perut.

Antara kumpulan makanan yang mengandungi sumber ini ialah bijirin.


Pada masa sama, elakkan pengambilan alkohol, makanan dan minuman berkafien seperti kopi, teh serta coklat dan makanan mentah. Elakkan penyediaan makanan tidak bersih juga elakkan makanan tambahan berasaskan herba.

Menurut Indra, mengidam ataupun keinginan wanita hamil terhadap bentuk makanan tertentu juga perkara normal. Ia dialami dalam tempoh kehamilan berbeza dalam kalangan wanita.

Ada juga wanita hamil memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari biasa jika tidak hamil.

Namun keinginan sebegini tidak berlaku kepada semua wanita hamil kerana ia disebabkan perubahan hormon badan yang menyebabkan cita rasa wanita hamil meningkat ataup berkurang.

"Mengidam tidak salah dan tidak membahayakan jika si ibu dapat mengawalnya. Penting untuk menikmati hidangan yang mampu membekalkan nutrisi diperlukan bayi dalam kandungan dan tidak mengambil makanan terbabit secara berlebihan sekiranya mengetahui ia tidak memberikan sebarang kebaikan," katanya.



Thursday 2 October 2014

mom to be ...pengedar sah shaklee ipoh

Assalammualikum ...!!

Hye semua..........rindu tak dengan pengedar shaklee ipoh yg terbaik servis nye ni...hehehe....moga korang2 sihat2 hendakNYA..

Fuh..fuh...berabuk betul blog ni...hahhaa....lama sesgt xjengah blog, entry apatah lagi...hehe....almaklum mom to be pengedar shaklee area ipoh ni idak le berapa larat nk ngadap lappy berjam2...hanpon pon kejap2 je ngadap nye...lebihnye ZzzzzZZzzz,........;p

sekarang ni fara dah genap 28weeks...hikhik..sgt cepat masa berlalu...tinggal lagi 2 bulan je nk tatap muka baby..wahhhh..sgt xsabar !!! excited sgttttttt.......!!!! keperluan baby jgak alhamdulilah dah byk dan hampir lengkap..brg2 mama jek xdek lagi...itu xpe..nti2 boleh shopping :)

eh,eh....ape yek tujuan entry ni??? hahhahaha....bebel suda...tujuan lupa...oh no...sgt2 pelupa sekrg ni...apakah??? harap2 esok pas bersalin back to normal lah...:)

oh yaa.....ingat suda...
entry ni nak bgtaw kome2 yg cari set2 hamil, set ibu hamil, set berpantang, set menyusu...or lain2 produk shaklee boleh la terus emailkan pada fara ye....atau senang nye meh kita wasap2...insyaallah mana yg fara tahu akan dikongsikan...free consultion omputih kata..hehe...tp jgn le amik kesempatan plak...mentang2 fara dah citer tips2..korang2 g beli ngn org lain..owhh..satu penganiyaan taw !!!! xbaik sgt........:(


oklah, kalau korang nak dapatkan produk2 shaklee ni secara cod area IPOH ni...sila2 lah contact fara ye....yg duduk meru, manjoi, taman jati, sg.pari, buntong, kg.kepayang, maxweel, semua ni boleh cod kat tempat keje fara ye,,SMK DR MEGAT KHAS..mudah..jimat kos pos korang..

bagi yang duduk tambun, tanjung rambutan, bercham. st18, lahat, menglembu, taman perpaduan, kledang, moh kita cod kat mana2 yek..boleh sja memana pon...senang kata satu IPOH ni boleh cod...insyaallah...

bagi yg luar IPOH tu.., fara pos lah ye...insyaallah kos pon idak le mahai bebenor...rate biasa je...
ok semua...utk kawan2 dok area IPOH ni mari cari shaklee dgn fara ye...tiptop punya servis..insyaallah..

eh..terpanjang pulak bebel...ok semua..daaa............;p wassalam

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE