Monday 27 March 2017

Punca Rahim bengkak | cyst & Fibroid

Sebagai wanita kita perlu amik tahu tentang penyakit yang sangat sinonim dengan kita iaitu rahim bengkak. 

Rahim bengkak juga popular dengan nama cyst dan fibroid. Dua penyakit ini berbeza. Csyt dan fibroid adalah dua penyakit yang berbeza.




Pengedar shaklee cod ipoh



Apa beza nya ? Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.



Beza cyst & fibroid ?

Cyst = pembengkakan di bahagian kilang telur iaitu ovari

Fibroid = pembengkakan di sekitar rahim iaitu uterus 


Ramai yang rata-rata tak pasti sama ada cyst atau fibroid. Dengan kata mudah bila ada masalah berkaitan rahim kita akan refer  doktor rahim kita yang sakit. Doktor akan diagnosis samaada uterus atau pon ovari.

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. 


Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.


Faktor terjadi nya Cyst Atau Fibroid 

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :


Hormon Estrogen yang berlebihan

Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.



Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.


Obesiti

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


Genetik

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.



Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.




Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal



Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?



Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.



Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 


Love,
mama Farah
Pengedar Shaklee Malaysia



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR



ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH, KVLC IPOH & HRPB IPOH

Thursday 16 March 2017

Cara Atasi & Rawat Bengkak Susu

Bengkak susu terjadi kepada ibu-ibu yang menyusukan anak. Bengkak susu bukan sahaja berlaku pada ibu-ibu yang baru bersalin malah ada yang anak dah setahun pon masih lagi kena bengkak susu.



pengedar shaklee cod ipoh



Bengkak susu adalah tanda positif yang payu dara menghasilkan susu untuk bayi. Biasanya bengkak ini akan terjadi pada waktu tengah malam hingga subuh. Namun ada juga yang terjadi pada waktu siang (mungkin kerana, tidak menyusukan bayi dengan secukupnya, atau terlupa  / melengahkan waktu mengepam susu.. Bagi ibu yang bekerja, amalan mengepam susu seharusnya membantu mengurangkan bengkak susu.



Cara Mengatasi dan Merawat Bengkak Susu



  • Elak tuam panas semasa breast bengkak dan sakit  - sebab tuam panas boleh membuatkan urat makin meradang dan bengkak makin bertambah. Tuam sejuk dulu (guna ice pack) sampai rasa kebas2 baru urut perlahan-lahan bahagian yang bengkak tu. Urut sampai lembut. Bila dah lembut, baru tuam suam2 panas. Jangan panas sangat ok. Teruskan urut bahagian bengkak, pastikan urut hingga ke nipple dan susu keluar. Jangan urut separuh jalan . Nanti tempat lain pula yang tersumbat. Buat sampai susu keluar lancar.

  • Elak letak kobis  - Walaupun itu petua orang-orang tua, kobis ni dipercayai ada enzim yang boleh mengurangkan penghasilan susu. Jadi, janganlah letak kobis ye. 

  • Elak memerah menggunakan pam semasa bengkak susu - Memerah guna pam boleh memarahkan lagi bengkak. Mesti perah guna tangan. Tangan kita boleh merasai setiap satu saluran yang tersumbat dan tangan kita juga panas boleh melancarkan aliran susu. Bila bengkak dah hilang, sakit dah kurang, bolehlah slow2 guna pam. 

  • Tukar posisi semasa direct feeding - yang membolehkan tangan ibu mengurut bahagian yang tersumbat. Hisapan baby sangat efisien menyedut susu yang paling dalam. Jadi, dengan mengurut bahagian yang tersumbat sambil baby menyusu, ia sangat membantu melancarkan pengaliran susu. 

  • Sila jangan bertangguh - Bengkak susu boleh menyebabkan FIL sejenis protein menghantar signal ke otak supaya susu tak perlu dihasilkan lagi atau kurangkan penghasilan susu. 

  • Berdoalah kepadaNya - Semoga dipercepatkan sembuh. 

Ibu-ibu juga boleh cuba lecithin shaklee untuk mengelakkan berlaku nya bengkak susu. Lecithin membantu melancarkan pengalira susu ibu.



Kalau berminat nak beli boleh terus Di Sini atau boleh hubungi Farah Seperti Di bawah 


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR



ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH, KVLC IPOH & HRPB IPOH

Monday 13 March 2017

Resepi Ayam Bakar

Assalammualikum...minggu ni mama nak share resepi ayam bakar guna pemanggang ajaib. Tercetus idea nak memanggang ayam ni sebab nya kawan mama share resepi ayam bakar ni kat group whatsapp . 

Selalunya hari sabtu mama sekeluarga balik kampung tapi disebabkan papa ada mesyuarat PIBG kt sekolah maka rutin balik kampung tu di tangguhkan...kira kami dah tak balik kampung 3minggu dah..itupon opah n tok dah bertanya bila nak balik ..rindu cucu katanya 😊😊

okeh , resepi ni dasarnya dari resepi yg di kongsi dari group whatsapp tapi olahan kuantiti tu mama yang olah sendiri... dan resepi ni utk 2org dewasa dan 1 budak . 

Resepi Ayam Bakar ( 3 orang ) 



10ketul ayam siap basuh dengan basic H 
Bawang putih
Bawang besar
Serbuk lada hitam
Sos tiram
Madu
Kicap pekat
Kicap lemak
Garam 
Sos cili ( kalau nak pedas boleh guna cili blender tu )

Cara penyediaan

tumbuk @ blender bawang putih & bawang besar
Guja besan yang besar , masuk kan ayam , bahan yg di blender tadi, dan semua bahan-bahan , gaul & ratakan .
Perap dibahagian chiller 4-5jam atau semalaman .
Bakar & hidangkan !! 😘😘

 


Mudah je kan...dan ni adalah salah satu menu yang kerap farah buat sebab sangat mudah. Malam perap esok balik keje terus bakar n masak nasi...dah jadi menu makan malam kan... 😊😊

Nak lagi sedap buat sos blackpaper..fuh!! lagii sodap .. nanti farah kongsikan resepi sos blackpaper kt entry lain . 

Selamat mencuba 😘😘

Benarkah Vita C shaklee Dari jagung ?

Vita C Shaklee dari jagung ? mesti korang rasa pelik kan ? Kalau Vita C mesti terbayang buah oren kan. Samalah macam farah, pon dulu terbayang vita c ni mesti dari buah oren. Tapi salah sangkaan farah tu bila fara mula study pasal vita c shaklee ni rupanya dari jagung. Bagi farah ia sangat unik dan para saintis shaklee sangat bijakkkk !!!!!!


pengedar shaklee cod ipoh


Kenapa shaklee pilih Jagung ?


Shaklee memilih jagung kerana sumber daripada jagung ini adalah yang terbaik. Uniknya sumber vitamin yang terdapat dalam jagung tidak akan hilang atau berkurang khasiatnya walaupon jagung tu dimasak, direbus, dibakar berbanding dengan buah-buahan yang lain. Buah-buahan yang lain biasanya akan cepat rosak atau hilang dan berkurang khasiatnya.

Kebanyakkan sumber vitamin C daripada buah-buahan citrus tinggi dengan kandungan asid. Jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit.

Disebabkan itu para saintis shaklee menggunakan ekstrak jagung untuk menggelakkan sakit perut, cirit-birit dan gastrik. haa bijakkan para saintis shaklee. Sangat menitikberatkan kesihatan orang kan. 


Kelebihan Jagung


  • Jagung kaya dengan vitamin A, iaitu asas untuk kulit dan penglihatan yang sihat


  • Jagung boleh membantu mengatasi masalah penghadaman termasuk sembelit, kanser usus dan membantu mengurangkan risiko terkena kanser usus kerana jagung kaya dengan sumber fiber yang mana secawan fiber jagung membekalkan sehingga 18% keperluan fiber.


  • Jagung juga membekalkan sumber vitaminE ( antioksidan) yang sangat penting untuk membantu mencegah pelbagai jenis kanser, melambatkan proses penuaan, merendahkan paras kolestrol, melindungi badan dari pencemaran alam sekitar dan asap rokok, melindungi dari penyakit jantung dan strok.


  • Jagung membekalkan Asid Panthithenic iaitu sumber vitamin yang membantu memetabolisme karbohidrat, protein dan lemak


  • Jagung membekalkan sebahagian besar keperluan Asid Folic kepada badan kita. Kekurangan asid folic terutama wanita mengandung akan meningkatkan risiko seseorang ibu melahirkan bayi dengan masalah neural tube. Malah bayi juga berisiko mengalami anemia.



  • Jagung turut membekalkan fosfuros yang mana ia penting untuk kesihatan tulang dan buah pinggang. Magnesium pada jagung pula membantu mengekalkan kesihatan jantung dan menguatkan tulang.


  • Jagung mempunyai Phenolic phytochemicals yang berfungsi untuk merendahkan paras gula dalam darah dan sangat membantu mengatasi tekanan darah tinggi.



pengedar shaklee cod meru


Banyak kan khasiat jagung .. Sebab tu farah pon suka jagung. Anak yang sulung pon suka jagung !!

Tapi nak dapat khasiat jagung hari-hari jenuh la kan nak kena makan jagung hari2..so, moh ler kita telan aje Sustained Release Vita C Plus Shaklee ni setiap hari. 

Satu tips untuk semua pembaca, kalau nak gebu gebas flawlesssss...... amik 1biji setiap 5jam. Insyaallah memang terbaik kesan nya ☺


Kalau berminat nak beli boleh terus klik Sini atau boleh hubungi Farah Seperti Di bawah 


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR



ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH, KVLC IPOH & HRPB IPOH

VIvix Bukan Ubat Tapi Mampu Merawat Penyakit kronik

kebelakangan ni farah terima whatsapp dari mereka2 yg bertanyakan tentang #vivix. Bila farah tanya untuk apa dorang cari vivix ? utk tingkatkan kesihatan atau ada masalah kesihatan .?

pengedar shaklee ipoh


kebanyakkan nye dah ada penyakit ...kencing manis, darah tinggi, paru2 berair, tulang lambat tumbuh kesan dari kemalangan, psoriasis, dan buah pinggang

Bila mereka luahkan apa rawatan yang dh mereka cuba tapi tidak memberi kesan , sangat tinggi harapan dorang utk sembuh bila ambil vivix..

Tapi farah terangkan..Vivix BUKAN UBAT

Vivix adalah Vitamin. walaupon banyak testimoni vivix yang berjaya tingkatkan kesihatan ramai orang dan ada bukti saintifik menyihatkan badan, Vivix tidak berfungsi untuk Merawat , Menyembuh Atau memulihkan penyakit ktitikal

Tetapi 😘
Vivix adalah satu2nya produk yg mempunyai 10x ganda lebih hebat dari resveratrol dalam melambatkan proses penuaan

Penuaan ni bukan hanya tua diluaran sahaja tapi dalaman kita ..sel2 kita ni tua dari usia ..tapi dengan vivix ia bantu sel2 dalaman kita jadi muda..

Muda mcm mana? kita tgok orang muda yg sihat mcm mna? bertenaga , sihat, cantik, kan...mcm tu jgk sel kita. vivix meremajakan sel2 dalaman kita sebb vivix baiki sel kita hingga ke tahap DNA. Bila kita sakit tu tanda sel kita dah tua..#telomere kita makin pendek

Bila DNA kita rosak @ kita dapat sesuatu penyakit...Pengkalan DNA kita akan menghasilkan data genetik yg 'typo' sebab dia 'copy' benda yg salah . Ni yg akan menganggu fungsi sel .

Maka Vivix ada 4 mekanisme iaitu
 memperbaiki DNA
 Mengawal genetik
 Beri tenaga kepada sel
 penimbunan protin Age

Vivix juga tanpa pengawet, semulajadi dan cecair yg stabil maksud nya kalau kita simpan vivix kat dalam tempat sejuk beku vivix tak kan beku tapi tetap cair macam biasa ..itu bukti shaklee takde bahan pengawet.

Banyak kelebihan dan keistimewaan vivix ni.. yang sihat sangat lah farah syorkan korang ambil vivix ni utk melindungi sel dari 'copy' data yang salah sebb kita hidup disekeliling radikal bebas ...

Ambil vivix supaya sel kita membahagi atau copy sel tanpa ada typo . 😘😘
Jom sihat bersama shaklee



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh beli Disini atau hubungi saya di: 


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR



ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH, KVLC IPOH & HRPB IPOH






😍















Friday 10 March 2017

Buasir Ketika Hamil Sembuh Dan Jaundice Anak Cepat Turun Dengan Set Berpantang Shaklee

Buasir ketika hamil melarat sehingga berpantang dan bayi kena jaundice selepas lahir adalah perkara atau masalah yang ibu-ibu akan hadapi selepas bersalin. Disinilah kepentingan pemilihan set berpantang yang berkualiti harus dititikberatkan oleh ibu-ibu yang bakal berpantang. Set berpantang shaklee bantu untuk sembuhkan buasir dan turunkan jaundice bayi dengan cepat.



pengedar shaklee cod ipoh



Saya kongsikan pengalaman saya menggunakan set berpantang shaklee yang mana set berpantang shaklee ini sangat-sangat value for money kerana segala nutrien yang diperlukan oleh ibu berpantang lengkap dalam set berpantang shaklee dan set berpantang shaklee membantu menyelesaikan masalah-masalah ketika berpantang dan ibu juga akan dapat bonus lain dalam set berpantang shaklee ini. 

Jom baca kisah saya yang menderita buasir dari hamil sehingga bersalin. 



pengedar shaklee ipoh


Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.


Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.


Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil ostematrik, omega guard dan garlic. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi  makin membesar dan menekan usus kita.


Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras.



pengedar shaklee cod chemor




Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice


Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2minggu konsisten ESP, VitaC, Bcomplex, Ostematrik, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50KG sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63kg. Jumlah berat saya turun dengan set berpantang Shaklee ini ialah 13kg.

Alhamdulilah..itulah Shaklee effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari set berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangat lah value for money !!





 Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh beli Disini atau hubungi saya di: 

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR



ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH, KVLC IPOH & HRPB IPOH





DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE