Dalam kegembiraan kita menanti kelahiran zuriat yang ditunggu-tunggu, ibu-ibu dan juga para suami perlu tahu apa itu mandi wiladah dan mandi nifas. Zaman sekarang perkara ini semakin diketepikan maka bila tiada ilmu maka mandi wajib selepas bersalin dibiarkan sepi tanpa diambil tahu.
Pernah dengar Mandi Wiladah atau Nifas? Haaaa. Kalau sebelum ni tak tau, molek sangat la refer sini. Kadang2 kita terlepas pandang benda ni kan. Dulu saya pon takde la nak mencari sangat ilmu2 gini..bila dah bersalin mak pesan suruh mandi wiladah..saya ikut sahaja .. bila dalam pantang baru terfikir nak cari ilmu.. Alhamdulilah anak no.2 nih saya dah ada ilmu tentang mandi wiladah dan mandi nifas selepas bersalin. Itulah guna nya mencari ilmu kan..:) kita tunaikan kewajipan selagi mampu. Insya Allah.
Perbezaan Mandi Wiladah dan Mandi Nifas
Mandi Wiladah ni adalah mandi wajib yang kita buat selepas kita melahirkan anak. Perkataan wiladah tu sendiri lahir dari kata dasar Wa La Da. Orang yg belajar Bahasa Arab pandai la bab ni. Saya tak berapa pandai.
So mandi wiladah ni kita lakukan selepas kita melahirkan kandungan dan keadaannya adalah bersalin yg takde darah. Diwajibkan ke atas kita bersandarkan pada Ijtihad dan Qias, bukannya berdasarkan kepada Nas.
Kenapa ada istilah mandi wiladah ni?
Sebab bukan semua wanita bila melahirkan anak akan keluar darah nifas. Contohnya macam yg bersalin czer. Kadang2 darah nifasnya tak keluar. Maka dia kenala mandi wajib jugak. Cuma mandi wajib tu dinamakan mandi wiladah. Tapi kebiasaannya darah nifas akan keluar jugak walau macam mana sekali pon cara kita melahirkan anak. Dan dalam kes2 bila ada keguguran tak kira la janin tu dalam bentuk darah beku ataupon seketul daging.
Kalau ikutkan pendapat Imam Syafie, maksud wiladah ni merujuk kes tertentu sahaja. Apa kes tu? Bila wanita melahirkan anak tanpa darah nifas dan termasuk wanita yg mengalami keguguran.
Wanita yg melahirkan anak ni sebenarnya ada 3 keadaan :
- Kalau dia melahirkan anak tanpa diiringi nifas, maka WAJIB mandi wiladah sahaja & wajib solat selepas tu walaupon masih dalam pantang.
- Kalau dia melahirkan anak dengan diiringi nifas serta merta, maka WAJIB baginya mandi nifas sahaja selepas kering darah nifas & wajiblah dia mendirikan solat selepas tu.
- Kalau dia melahirkan anak pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah & mendirikan solat. Kemudian kalau darah nifas datang dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, maka berhentilah solat dan wajib mandi nifas bila darah nifas kering. Lepas tu baru solat.
Faham tak? Mudah je kan?
Maksud Nifas
Mandi wajib kerana nifas adalah disebabkan darah nifas tu sendiri. Lepas je darah nifas tu berhenti atau kalau tak berhenti, masa sederhana yg dianggap darah tu darah nifas adalah minimum 40 hari dan 40 malam dan maksimum 60 hari 60 malam.
Maksudnya kalau lebih 60 hari darah masih tak berhenti, maka itu bukanlah darah nifas lagi. Kita wajib mandi nifas ok!
Darah yang keluar bersama dengan baby semasa proses kelahiran tu sebenarnya statusnya menjadi khilaf ulama'.
- Mazhab Syafie berpendapat, ianya bukan darah nifas tapi darah penyakit. Mazhab Syafie meletakkan syarat bagi darah nifas, hendaklah darah tu keluar selepas rahim kita kosong sepenuhnya. Maknanya baby dah keluar sepenuhnya daripada rahim kita. Kalau sebahagian ke badan baby yg keluar dan masih ada separuh lagi yg belum keluar walaupon sedikit, maka darah yg keluar tak dianggap darah nifas. Macam kes anak kembar la. Kalau sorang lagi kat dalam perut, darah yg keluar tu bukannya darah nifas lagi.
- Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali, darah tu dah dikira sebagai darah nifas. Once proses kelahiran berlangsung maka darah yg keluar tu darah nifas sekalipon baby belum keluar dengan sempurna.
Kesimpulannya, darah nifas ni apa dia?
- Darah yg keluar daripada rahim perempuan selepas melahirkan anak walaupon setitik.
- Darah yg keluar daripada rahim dalam masa 15 hari selepas melahirkan anak, minimum 40 hari dan maksimumnya 60 hari.
Maka, darah yg keluar selepas 15 hari bersalin BUKAN darah nifas dah. Tapi darah Haid.
Bila waktunya kita nak mandi wiladah & nifas ni?
Meh saya ingatkan sekali lagi ok.
Takde istilah kita kena mandi 2 kali. Kalau kita bersalin tanpa darah dan lepas tu takde darah nifas, maka kita mandi la Wiladah.
Kalau kita bersalin (bersalin tu maknanya kita ada hadas kan) kemudian tu ada darah nifas (nifas tu hadas yg kedua), maka kita tunggu darah nifas kering dan mandi sekali je.
Tak payahla nak mandi wiladah dulu pastu nifas pulak. Macam tak logik. Sebab kita bagi contohla dengan hadas kecik ye. Kita dah ambik wudhu, kemudian kita pergi toilet kencing. Dah batal wudhu kan? Masa nak keluar toilet kita terlanggar tangan suami. Pastu kita masuk bilik tido pengsan. Berapa kali kita kena berhadas kecil balik? Sekali je la kan. Takkan nak amik wudhu sampai 3 kali. Kih kih.
Islam tu kan mudah dan memudahkan. Kenapa nak mandi banyak kali pulak ye tak?
Jom dengar penjelasan dari UAI tentang permasalahan Waktu Mandi Wiladah & Nifas Selepas Bersalin
Semoga Bermanfaat !
Salam Sayang
Mama Farah ❤
No comments:
Post a Comment