Sunday, 7 May 2017

Petua Mengatasi Selsema Dan Batuk Berkahak Bayi Dan Juga Kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Ada beberapa petua untuk mengatasi selsama dan batuk berkahak bayi dan juga kanak-kanak.



Kebiasaannya, doktor tidak memberikan ubat batuk dan selsema jika bayi masih di bawah 6 bulan. Doktor hanya akan memberitahu bahawa ianya normal bagi bayi kerana masih ada lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir sebab itu kedengaran seperti batuk nya berkahak. Ia akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Ibu-ibu boleh cuba beberapa petua yang lebih selamat dan semulajadi yang kita boleh gunakan untuk atasi selsema dan batuk berkahak bayi dan kanak-kanak. Jika boleh elak ubat-ubatan kita elakkan lah supaya anak kita yang masih kecil itu tidak terlalu terdedah kepada bahan sintetik dan membantu juga meningkatkan antibodi anak-anak kita.

Petua Mengatasi Selsema dan Batuk Berkahak Bayi dan Kanak-Kanak

1. REHATKAN ANAK DENGAN SECUKUPNYA

Jika anak tidak sihat, kita perlu merehatkan mereka dan tidak mebawa mereka keluar ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam, taman permainan ataupon kenduri kerana anak akan merasa terlalu letih dan proses penyembuhan anak akan memakan masa yang lebih lama.

Kita juga perlu peka virus selsema dan batuk akan tersebar kepada kanak-kanak lain. Maka amat tidak wajar kita membawa anak kita yang tidak sihat ke tempat-tempat awam.


2. SENTIASA BERSAMA ANAK

Isi lah masa mereka dengan memperbanyakkan sentuhan dan pelukan. Berceritalah atau cukup sekadar berjalan-jalan disekeliling rumah untuk mengambil udaa segar. Pantau perkembangan anak dan bawa berjumpa doktor jika keadaan bertambah teruk,

3. BERSIHKAN RUMAH, PERKAKAS JUGA PAKAIAN

Anak yang tidak sihat memerlukan perhatian yang lebih dan pemantauan berterusan. Walaupun rumah zahirnya nampak bersih tidak salah jika kita membuat pemeriksaan dan membersihkan segala habuk serta kekotoran. Habuk-habuk seperti kipas, perkakas kecil, atau habuk dicelah-celah perabot mungkin menjadi penyebab virus yang menyerang anak. Mop lantai dengan air panas bercampur dettol serta basuh cadar, sarung bantal dan jemur semua bantal-bantal supaya mati virus dan bakteria yang ada.

4. ALIRAN DAN PEREDARAN UDARA YANG BAIK

Petua menghilangkan batuk ini sangat penting, namun ramai yang abaikannya, Usah terperap dalam bilik dan dirumah sahaja. Jika anak menangis mahu aircond, abaikan buat sementara. Setiap pagi biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik.

5. TEPUK PERCUSSION

Caranya adalah dengan menepuk bahagian badan depan dan belakang dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung. Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak.

6. WAP BERSAMA BAWANG PUTIH DAN MINYAK ZAITUN

Samaada menggunakan wap daripada semburan mandian air panas atau anda boleh masak air panas kemudian masukkan air panas tersebut ke dalam mangkuk besar. Riba anak dengan menghadapkan mukanya ke arah mangkuk tadi. Tutup kepala anak dengan napkin nipis supaya kesannya lebih baik. Wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga anak.

Ia akan melancarkan pernafasan, Selain itu boleh juga masukkan bawang putih yang telah dibakar dan kemudiannya ditumbuk. Masukkan ke dalam aip panas tadi dan sedikit minyak zaitun. Wapkan anak seperti tadi dan insyaallah selsema anak akan cepat kering dan batuk akan lega. ketika sessi wap ini lakukan tepuk percussion tadi dibahagian belakang anak,

7. IBU MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Petua menghilangkan batuk bukan untuk anak semata-mata. Bagi bayi yang menyusu badan sepenuhnya, ibu amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Contohnya seperti sup ayam atau daging. Masukkan lebih banyak bawang putih di dalam masakan tersebut.

8. KUNYIT

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional. Tumbuk kunyit hidup dan sapukan kunyit tersebut di batang hidung dan dahi anak. Insyaallah selepas beberapa kali buat, hingus akan kering.

9. BUNGA BELIMBING DAN AIR BERAS

Ini juga petua menghilangkan batuk secara tradisional yang lain. Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, petua ini boleh dicuba. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras. Tapiskan dan kemudian beri anak minum.

10. DAUN BASIL, DAUN OREGANO DAN DAUN SIREH

Daun basil juga dikenali dengan nama daun selasih dan daun oregano dikenali dengan nama daun bangun-bangun. Perah ketiga-tiga jenis daun ini dan ambil patinya. Minum sesudu untuk bayi yang sudah makan makanan pejal.

11. LEMON, HALIA DAN MADU

Perah lemon, hiris halia da masukkan madu sehingga meliputi halia. Biarkan semalaman di dalam peti ais. Boleh diberi minum kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas.

12. GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih. Tumbuk dan letakkan di dalam stokin anak.

13. MANDIAN LEMON

Ini petua menghilangkan batuk secara mandian yang dapat mengeringkan hingus bayi. Letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam mandian anak. Bau lemon dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi.

14. MINYAK MASAK

Ini petua menghilangkan batuk, bukan petua dapur! Walaupun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga boleh digunakan apabila anak batuk dan selsema. Sapukan minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. 
Selamat mencuba



No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE