Anak hiperaktif atau nama saintifiknya Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Selalunya ibubapa dan guru memberi tanggapan anak-anak sangat aktif, lasak atau tidak dengar cakap ni sebagai hiperaktif. Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 1 daripada 25 kanak-kanak penghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam kelas dikategorikan sebagai hiperaktif.
Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapu ia masih tidak mampi menarik perhatian mereka. Ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hiperaktif. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samaada anak mereka jatuh dalam kategori aktif atau hiperaktif.
Sebagai ibubapa yang memiliki anak ADHD, kita sepatutnya tidak perlu merasa tertekan atau sedih. Mungkin agak kepenatan menjaga mereka tetapi kita harus bersyukur kerana anak-anak ini adalah anugerah dari yang maha esa.
Tips Menarik Minat Anak ADHD Belajar Dan Fokus Dalam Pembelajaran
- Atur suasana ruangan dan pencahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hiperaktif ini perlukan ketenangan
- Peruntukan waktu setiap hari unutk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat, dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti bersama mereka
- Cuba ringkaskan subjek matapelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang agak panjang.
- Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar. Contoh gunakan lebih banyak visual atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan berubah-ubah setiap hari.
- Fokus pada bidang atau aktiviti yang boleh menimbulkan minat dan kesukaan pada kanak-kanak ini.
- Berikan lebih tumpuan dan kasih sayang kerana kanak-kanak hiperaktif akan lebih mendengar kata jika dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan juga diberi perhatian.
- Jauhkan anak-anak ini dari tempat yang boleh menganggu mereka seperti tingkap, gambar, mainan atau kawan yang boleh menarik perhatian mereka.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibubapa diluar sana.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment