Thursday, 2 February 2017

7 Tips Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit ketika berpantang adalah suatu perkara yang amat mengerikan kepada ibu-ibu yang berpantang. Ada yang fobia untuk ke tandas dan ada yang sanggup tak nak makan semata-mata taknak sembelit. Ada yang masih seriau selepas melahirkan bayi, takut tersilap teran luka jahitan akan terbuka. Lagi parah kalau si ibu ada sejarah buasir, tambah seram jadinya.



pengedar shaklee ipoh - tips atasi sembelit



Kenapa SEMBELIT  Terjadi Ketika Berpantang ?

Umumnya, 1 daripada 5 orang ibu yang baru lepas bersalin mengalami sembelit ini. 
Sebab berlakunya sembelit ketika berpantang :-

  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin sedikit sebanyak telah menyebabkan sembelit.
  • Sistem pencernaan ibu berfungsi dengan lebih perlahan selepas proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk melegakan sakit ketika proses kelahiran, seperti petidina, boleh menyebabkan usus ibu berfungsi lebih perlahan dari biasa.

Masalah sembelit bertambah buruk jika :-

  • Ibu melalui kelahiran yang dibantu seperti forseps.
  • Ibu pernah melahirkan bayi sebelum ini.
  • Ibu mengambil pil zat besi atau ubat anti-depresi. Kedua-duanya boleh menyebabkan sembelit.
  • Ibu mendapat jahitan sebab luka, ataupun episiotomi.

7 Tips Atasi Sembelit Ketika Berpantang 

7 tips yang boleh di amalkan untuk mengelakkan sembelit ketika berpantang ialah :-

  1. Minum banyak air suam. Cecair akan membuat najis lebih lembut, dan senang untuk dilepaskan. Menyusukan bayi boleh buat ibu dahaga. Jadi ibu perlu banyak minum air. Minumlah sedikit demi sedikit, tetapi kerap.
  2. Makan makanan berserat tinggi, terutama buah-buahan. Bahan serat sangat membantu melawaskan penghadaman.
  3. Banyakkan pergerakan. Bangun dari katil, berjalan dengan kerap dalam jarak yang dekat-dekat sahaja. Duduk atau baring terlalu lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.
  4. Jangan tahan. Apabila rasa hendak membuang, segeralah ke tandas. Jangan di tahan-tahan. Hilangkan rasa fobia dengan fokus kepada perkara lain, contohnya membaca buku.
  5. Posisi mirip mencangkung. Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung. Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki. Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.
  6. Pengambilan ubat julap. Dapatkan preskripsi daripada doktor. Jangan beli sebarang ubat julap tanpa mendapat konsultasi yang betul, kerana bukan semua ubat julap serasi dengan kondisi ibu. Penggunaan ubat julap yang berterusan adalah tidak baik untuk kesihatan usus.
  7. Pengambilan suplemen magnesium. Magnesium dalam bentuk suplemen kalsium-magnesium sangat membantu dalam melawaskan sistem penghadaman


Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda ibu-ibu dan bapa di luar sana. Semoga bertemu lagi di lain entri.

Salam Sayang,
Mama Farah



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR


ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI IPOH, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN IPOH, TAMBUN IPOH, PEKAN IPOH

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE