Untuk yang baru menimang cahaya mata, ilmu keibubapaan perlu dicari dan di gali. Sebagai ibubapa baru amat penting untuk anda mencari gali ilmu keibubapaan supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada amanah kita.
Untuk entri kali ini saya kongsikan sedikit ilmu tips bagaimana menjadi ibubapa yang baik.
Mudah.
Yang pertama sekali perlu tanam rasa sabar yang tinggi, walaupun kadang-kadang rasa sabar boleh hilang, kita cuba juga.
Tenangkan diri dan ajak mereka berbual seawal yang mungkin. Sejak baby ada dalam rahim. Ajak dia berbual dan cakap yang indah-indah. Pesan yang baik-baik dan doa yang bagus-bagus.
Baby kan boleh dengar?
Bila dah lahir, gunakan cara 'halus' untuk memujuk, bercakap dan bermesra walaupun mereka masih tidak faham apa-apa. Komunikasi dan kata-kata baik seorang ibu akan meresap jauh dalam hati dan akal anak-anak.
Jangan berhenti mendoakan mereka dan pujilah.
Puji anak dan tegaskan apa yang tidak patut. Bukan pukul sesuka hati, ada cara lain yang boleh buat mereka faham.
Salah satunya, sikap kita terhadap mereka. Kalau kita terbuat salah, sebagai ibu bapa jangan kedekut untuk say "Sorry sayang...". Kata-kata maaf, kata-kata pujian adalah suatu terapi untuk buat anak jadi tenang dan kurang buat perangai.
Cuba untuk memberitahu. Sikap kita akan menjadi ikutan mereka. Selalulah berpesan.
Contohnya.
"Sayang tak boleh nakal-nakal kalau kat rumah orang. Jangan ambil barang orang lain. Jangan menjerit. Jangan mengamuk macam tu, tak elok, sayang..."
kaedah ini lebih bagus dari kita menengking tak tentu pasal hingga anak-anak sudah jadi 'masak' dengan sikap amarah kita dan lama kelamaan dia akan jadi tidak heran dengan kata-kata yang lembut.
Jika boleh, elakkan 'naik tangan' pada anak-anak yang sedang membesar.
Belailah dan pandulah mereka dengan akhlak yang suci. Tanam dalam diri mereka sikap menghormati orang lain, minta maaf bila buat salah dan ajar untuk beradab sopan semasa ada tetamu. InsyaAllah, anak-anak yang suci jiwanya, akan mudah mengambil contoh sesuatu yang elok-elok.
cc : Caliph Kids Supplement - The Kids Expert
LOve,
mama Farah
Pengedar Shaklee Malaysia
No comments:
Post a Comment