Wednesday, 2 August 2017

Kerap Lapar ? Lapar Mata Atau Perut ?

Lapar. Perkataan yang sangat mudah untuk disebut. Sangat biasa di dengar dan menjadi status kepada segelintir pengguna facebook. Susun Albers, Psy.D penulis Eating Mindfully membezakan rasa lapar menjadi dua kategori.

Kategori itu ialah , PERTAMA Lapar Perut atau Lapar fizikal
KEDUA Lapar Mata atau Lapar Emotional

Berikut Perbezaan nya :

4 Tanda Lapar Fizikal

  • Datang secara bertahap. Dari yang tak terlalu lapar menjadi sangat lapar
  • Anda merasakannya di perut bukan lidah
  • Anda ingin makan apa pun yang dapat dimakan
  • Mudah untuk dipuaskan dan merasa kenyang
4 Tanda Lapar Emosional
  • Datang tiba-tiba setelah anda melihat makanan yang menarik
  • Anda merasakannya di hati bukan perut
  • Hanya jenis makanan tertentu saja yang anda inginkan
  • Sukar untuk dipenuhi dengan makanan lain
4 Tanda Tubuh Kurang Serat
  • Najis keras atau keluar sedikit demi sedikit dalam ukuran kecil
  • Lapar setelah makan
  • Kembung
  • Mengantuk pada siang hari kerana serat membantu kestabilan kadar gula dalam darah. Kurang mengambil serat menyebabkan gula dalam darah melonjak dan kemudian turun dengan cepat. Akibatnya anda berasa lemah lesu dan mengantuk
5 Makanan yang Memperlahankan Metabolisme Tubuh
  • Tepung Putih
  • Daging lembu  yang diternak 
  • Makan epal (bukan organik) dengan kulit
  • Asid lemak omega 6 cth mentega
  • Soda (sirap jagung tinggi fruktosa)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE