Monday 7 August 2017

Kepentingan Zat Besi Kepada Ibu Selepas Bersalin

Zat besi amat diperlukan oleh ibu selepas bersalin untuk menggantikan kehilangan simpanan zat besi dalam badan ibu semasa mengandung. Fungsi zat besi adalah mengangkut oksigen dalam darah dan otot seterusnya dapat mengelakkan anemia

Zat besi daripada sumber haiwan adalah lebih mudah diserap oleh badan manakala sumber daripada tumbuhan tidak mudah diserap

Contoh sumber zat besi ialah daging, ayam, itik, ikan, udang sotong, ketam, telur, hati, kekacang, hasil bijirin, bayam, brokoli dan kismis. Pengambilan bersama vitamin C akan menggalakkan penyerapan zat besi manakala teh dan kopi akan menghalang penyerapannya.

Jumlah iodin dalam susu ibu dipengaruhi oleh pengambilan diet ibu. iodin dalam susu penting untuk perkembangan kesihatan fizikal dan mental bayi dan bagi mencegah penyakit 'goitre' atau beguk. Sumber iodin ialah makanan laut dan juga hasil tenusu.

Keperluan mineral zink juga meningkat bagi ibu yang menyusukan bayi. Sumber zink ialah produk bijirin penuh, daging, telur, susu, kekacang dan sayuran berdaun hijau.

Kekurangan pengambilan vitamin B1, B2, B6, folate, B12, A dan D biasanya akan menjejaskan khasiat dalam susu ibu. Contoh sumber vitamin B ialah bijirin penuh dan hasilnya yang dperkaya dengan vitamin B, bijirin ( emping jagung, oat, bijirin) susu, hasil tenusu ( yougurt, keju) kekacang ( kacang kuda , kacang panggang, kacang merah ) sayur-sayuran ( berdaun hijau )

Contoh sumber vitamin A pula ialah buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna jingga dan sayur berdaun hijau, hati dan minyak hati ikan dan kuning telur. Vitamin D pula boleh didapati daripada sumber makanan seperti susu, kuning telur, minyak hati ikan kod dan juga daripada sumber selain makanan iaitu cahaya matahari

Ibu perlu minum air yang banyak untuk mencegah daripada badan kekurangan air atau dehidrasi. Keperluan air ialah 2.5 liter hingga 3.0 liter sehari ( 10-12 cawan sehari ). Ibu digalakkan minum segelas air jus buah, susu atau air biasa setiap kali makan dan semasa menyusukan bayi.

Info sihat credit to majalah i-sihat 

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE