Tuesday 22 November 2016

Penapis Buah Pinggang Bocor - Tanda, Punca Dan Cara Mengatasinya

Penapis Buah Pinggang Bocor atau dalam bahasa perubatan adalah Nephrotic Syndrome. Penyakit ini jarang sekali kita dengar kan...selalu nya yang kita dengar sakit buah pinggang sahaja. 

Kita sedia maklum bahawa buah pinggang adalah organ manusia yang menjalankan tugas pengekalan hayat yang sangat penting.




Buah Pinggang



Apa itu Nephrotic Syndrome?


Penapis Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome adalah tanda buah pinggang kita mula tidak berfungsi dengan betul. Hasilnya kita dapati 
  • Tahap protein yang tinggi dalam air kencing
  • Tahap protein yang rendah dalam darah
  • Tahap kolestrol yang tinggi dalam darah.

Buah pinggang bocor bukan lah satu penyakit tetapi ia adalah amaran bahawa ada sesautu yang merosakkan buah pinggang kita. Tanpa rawatan, masalah ini boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang kita dan boleh menyebabkan pelbagai peyakit yang kritikal.


Bagaimana Nephrotic Syndrome Berlaku ?


Di dalam buah pinggang kita ada glomeruli. Glomeruli ni sejenis penapis halus berfungsi untuk menapis atau menghalang sejenis protein yag bernama albumin daripada keluar ke air kencing.

Bagi pesakit Nephrotic syndrome, glomeruli telah bocor atau rosak. Ini menyebabkan protein keluar melalui air kencing sebanyak 3 gram dalam tempoh 24 jam setiap hari. Keadaan ini dikenali sebagai 'proteinuria'. Apabila penapis dah bocor badan seseorang pesakit akan kehilangan banyak protein dari dalam darah.



penapis-buah-pinggang-bocor shaklee ipoh


Kehilangan protein dari dalam darah disebut sebagai 'hypoalbuminemia. Keadaan ini menyebabkan air keluar/ bocor dari salur darah ke dalam tisu badan. Apabila ini berlaku, kesannya muka, tangan dan kaki pesakit buah pinggang bocor akan menjadi bengkak. Ini dikenali sebagi 'edema'. 


Kesan lain apabila kehilangan protein ialah hati akan menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah. Maka terjadilah lemak yang berlebihan di dalam darah. 

Faktor yang meningkatkan risiko penapis buah pinggang bocor 

  • Kencing Manis
  • Lupus
  • Amyloidosis
  • Minimal Change disease
  • Penyakit Buah Pinggang Lain
  • Pengambilan ubatan seperti anti-radang nonsteroidal
  • Pengambilan ubatan untuk melawan jangkitan
  • HIV


Tanda-tanda Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)


  • pesakit lemah dan tidak bermaya
  • mata dan muka bengkak terutama selepas bangun dari tidur. Kaki juga bengkak terutama ketika waktu petang kerana berdiri
  • perut kembung dan sakit perut. 
  • air kencing berbuih kerana protein yang berlebihan di dalam air kencing
  • berat badan bertambah disebabkan cecair berlebihan


tanda-penapis-buah-pinggang-bocor




Cara Penapis Buah Pinggang Bocor Didiagnosis 


  • Ujian Air Kencing untuk mengukur jumlah protein dalam air kencing
  • Ujian darah untuk mengukur jumlah protein, kolestrol dan gula ( glukosa ) dalam darah
  • Ultrasound untuk melihat buah pinggang

Risiko Penyakit Akibat Penapis Buah Pinggang Bocor


Nephrotic syndrome boleh membawa kepada masalah lain yang mungkin memerlukan rawatan, termasuk tekanan darah tinggi, darah beku dan kolestrol tinggi atau trigliserida.

Penyakit-penyakit ini pula boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih kritikal seperti kegagalan organ-organ, serangan jatung, strok dan pelbagai lagi penyakit yang berbahaya. Jadi rawatan segera perlu untuk mengelakkan masalah ini berterusan.


Rawatan Untuk Penapis Buah Pinggang Bocor


  • Jumpe doktor anda dengan kerap untuk memeriksa fungsi buah pinggang anda. Bagi kanak-kanak pula, perlu berjumpa doktor lebih kerap berbanding orang dewasa.
  • Mengambil semua ubat-ubatan seperti yang dah diberikan walaupon telah merasa lebih baik atau sihat. Bincang dengan doktor anda jika anda mempunyai kesan sampingan.

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan masalah kesihatan yang lain.

  • Kurangkan pengambilan garam kerana garam boleh mengurangkan jumlah air dalam badan
  • Pilih makanan yang rendah lemak tepu dan kolestrol, membantu mencegah dan mengurangkan kolestrol tinggi.
  • Pertambahan berat badan mungkin petanda badan anda penuh dengan air ( bengkak air ).
  • Ikut nasihat doktor tentang jumlah protein yang boleh anda ambil dalam diet seharian.
  • Sindrom Nephrotic boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan rapuh, Ia juga meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan kulit. Jadi lebihkan penjagaan kulit anda.

Semoga perkongsian tentang Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrom ini memberi manfaat kepada anda. Nasihat Farah jika anda ada tanda-tanda atau gejala seperti diatas SEGERA ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jika telah sah didiagnos sebagai Nephrotic Syndrom ikhtiar lah dengan Vivix Shaklee. 

Nak beli Vivix Shaklee, Boleh beli Disini

Semoga bertemu lagi di lain entri.

Salam Sayang
Mama Farah



PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE SELAMA PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE SELAMA KEDAH
PENGEDAR SAH SHAKLEE ST18 IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE BOTANI IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE BATU GAJAH IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE MERU IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE CHEMOR IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJOI IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE TAMBUN IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG RAMBUTAN IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE SUNWAY IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE KG KEPAYANG IPOH



SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI IPOH, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN IPOH, TAMBUN IPOH, PEKAN IPOH




1 comment:

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE