Monday, 19 September 2016

CARA ATASI MASALAH KEPUTIHAN SEMASA HAMIL

Keputihan masalah biasa wanita, namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan diperiksa segera, dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan perubahan yang tidak normal berlaku.


Keputihan Normal

Perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan meraka menghadapi masalah keputihan atau leukorrhea,iaitu lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu di bimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.

Keputihan Tidak Normal

Namun begitu, masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai oleh kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti Candidiasis, juga  dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease)    


cara atasi keputihan semasa mengandung


Tanda Ibu Hamil Mengalami Keputihan  

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan :
  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit apabila membuang air kecil

Penyebab

Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan kita mungkin tidak tahu ia berada dalam badan. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan diantara jumlah yis dan mikro-organisma lain dalam badan. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:
  • Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Memakai pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisma baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Mengalami kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Tidak Membahayakan Bayi

Keputihan tidak membahayakan bayi anda kerana terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Namun jika anda mengalami jangkitan ketika anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia melalui faraj ketika keluar daripada rahim.  Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua bayi dan ibu memerlukan rawatan  kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda.  

Rawatan
  • Doktor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna.
  • Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
  • Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.
  • Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. Jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi.
  • Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.
  • Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
  • Ambil GARLIC SHAKLEE untuk atasi masalah keputihan

Untuk rawatan keputihan secara semulajadi dan selamat, Farah sarankan agar anda mencuba produk SHAKLEE iaitu GARLIC COMPLEX. Ia berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang mampu memusnahkan bakteria keputihan. Shaklee Garlic complex diperbuat daripada bawang jenis premium bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di US. DIhasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin Aktif.



Pengedar shaklee Ipoh Cod Percuma
Garlic Complex Membantu merawat Keputihan 

Setiap tablet Shaklee mengandungi 500mg ekstrak garlic tulen yang menyamai 1 ulas bawang putih segar. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Hanya 2 biji setiap hari selepas sarapan Garlic Shaklee mampu mengatasi masalah keputihan anda. 

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak menyelesakan, Jadi ibu2 hamil yang mempunyai masalah keputihan boleh cuba Garlic Complex ini. Nak cari mana? Boleh dapatkan daripada Farah Pengedar shaklee Ipoh. Jika anda diluar kawasan jangan risau abang posmen boleh tlg pos kan ...:)

Jom Atasi Masalah Keputihan secara selamat dan semulajadi.. hubungi SID PRO AKTIF ANDA !!


SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : SEKITAR IPOH & SELAMA PERAK

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE