Selepas melahirkan anak, perkara yang perlu ibu ambil perhatian adalah penjagaan di tempat luka agar cepat sembuh dan sihat.
Jika tersalah langkah dan tidak bernasib baik, jahitan boleh terbuka semula. Ini yang kita nak elakkan.
Jadi entry kali ni Farah nak share pula tentang tips agar luka tersebut mudah sembuh:
📌Berhati-hati bila bergerak
- Berjaga-jaga terutamanya apabila anda hendak bangun atau duduk di kerusi. Selalu lah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung di kerusi bila nak duduk. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan.
📌Gunakan Ice Pack
- Letakkan ice pack pada kain yang bersih dan lembut. Letakkan pada bahagian luka untuk melegakannya
📌Elakkan sembelit
- Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan sembelit dan lebihkan memakan makanan berunsurkan fiber.
- Cara alternative, boleh gunakan tuala bersih dan kering utk tekan bahagian luka agar tidak terbuka semasa proses meneran
📌Pastikan vagina sentiasa bersih dan kering
- Harus diingat, selepas dijahit, vagina lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Jadi, setiap kali anda ke tandas, pastikan kawasan vagina dibersihkan dengan sempurna menggunakan air suam dan juga dikeringkan
📌Siram vagina dengan air garam suam setiap kali selepas ke tandas
- Ada juga yang duduk terus dalam besen yang mengandungi air garam suam tu. Terpulang kepada anda bagaimana cara nak lakukan, asalkan selesa.
📌Lakukan senaman kegel.
- Selain menguatkan lantai pelvik untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong, senaman kegel juga boleh menggalakkan peredaran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
📌Pengambilan supplement
- mengambil Vitamin yang mengandungi Vitamin C dan Zinc dapat membantu penyembuhan luka dengan cepat
Buat ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak, boleh cuba amalkan tips di atas agar luka selepas melahirkan tu cepat sembuh dan dapat beraktiviti seperti biasa ❤️
Selamat Berpantang 😍7
No comments:
Post a Comment