Monday 26 February 2018

4 NUTRISI YANG WAJIB ADA DALAM MENU BERPANTANG


Semasa kita dalam pantang, pemakanan yang seimbang dapat membantu kita cepat sembuh dan bertenaga. Ia juga dapat membantu seimbangkan emosi kita. Yela, bila kita sihat dan bertenaga, emosi pun stabil kan 😊

Okay sebenarnya ada beberapa zat makanan yang wajib ada dalam menu kita setiap hari. Apakah ia?

💋PROTEIN
-> Sumber protein bukan sahaja penting semasa kita hamil, tetapi juga selepas melahirkan terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil makanan yang kaya dengan protein. Ibu boleh mengambil ikan, susu ataupun telur.

💋VITAMIN
-> Secara umumnya, Vitamin boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Vitamin larut air dan Vitamin larut lemak. Untuk tubuh yang sihat, beberapa jenis Vitamin B diperlukan. Antaranya ialah Thiamin (Vitamin B1), Riboflavin (Vitamin B2), Naisin (Vitamin B3), Pyridoksin (Vitamin B6), Sainokobalamin (B12), asid folik dan asid pantothenik.
Sumber Vitamin B banyak terdapat dalam sayuran berdaun hijau, ikan, ayam, susu dan kekacang.

-> Vitamin C juga sangat penting dalam menyembuhkan luka dan menguatkan imun sistem ibu dan bayi. Almaklumlah, selepas melahirkan je mesti ramai saudara-mara, kiran tetangga datang melawat. Dikhuatiri ada yang demam/selesema/batuk dan berjangkit pula pada baby. Dengan pengambilan Vitamin C, dan baby dapat dari susu ibu, imun sistem baby diperkukhkan lagi dalam menentang penyakit-penyakit tersebut.
Boleh dapatkan Vitamin C ini daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

💋ZAT GARAM MINERAL
-> Kalsium dan zat besi merupakan sumber penting untuk badan. Biasanya bekalan kalsium paling banyak diperlukan ketika hamil menyebabkan bekalan kalsium badan kita cepat habis. Oleh itu, kalsium perlu ditambah dari masa ke semasa pada kadar yang cepat. Jadinya ibu perlu pastikan yang badan kita ni tak kehabisan kalsium dengan mengambil kalsium yang secukupnya.
Kalsium boleh didapati daripada susu dan hasil tenusu seperti cheese dan yogurt. Selain itu, ia juga boleh didapati daripada sumber lain seperti bijirin dan sayuran berdaun hijau.

💋SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
-> Sayuran berjenis ‘sejuk’ boleh menyebabkan tubuh ibu bertambah lemah. Oleh itu sayur jenis ini perlu dielakkan. Antaranya adalah kangkung, kubis, tauge dan labu.
-> Selain dari sayuran, ada juga buah-buahan yang perlu dielakkan semasa berpantang untuk mengelakkan timbulnya sebarang masalah kesihatan. Buah-buahan seperti tembikai, langsat dan buah nangka.
Sepanjang tempoh berpantang, Zarith amalkan pengambilan buah oren =)

Apa pun jenis makanan dalam pantang, setiap orang mempunyai kesan yang berbeza terhadap badan. Ada yang makan ayam boleh menyebabkan tempat jahitan gatal, ada yang makan ok je.

Caranya, jamah sedikit makanan tersebut dan beri badan kita tempoh masa untuk memberikan reaksi. Kalau badan ok, tiada gatal ataupun alahan lain, maksudnya kita boleh makan makanan tersebut.

SHARE sekiranya bermanfaat. Dilarang COPY & PASTE.

#tipsberpantangibuzar
http://bit.ly/2DoN68e

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE