Sekarang ramai orang dah cuba diet dengan cara Intermitten fasting (IF) kan. Kaedah ini lebih mudah cepat berkesan. Farah pun dah pernah cuba tapi biasalah bila cuti sekolah je kelautlah IF kita.
Sebelum Farah nak cerita pengalaman farah ber IF ni, kita kenal dahulu apa itu Intermitten Fasting ni.
INTERMITTENT FASTING ataupun Berpuasa Terputus
BUKANLAH SATU DIET. Ianya adalah pengawalan waktu pemakanan dan berpuasa secara
sistematik, menggunakan keupayaan fisiologi sistem penghadaman (Alimentari)
untuk membakar lemak secara natural. Ini boleh dicapai dengan berpuasa lebih 8
jam dan mengaktifkan sistem Lipolysis (pembakaran lemak) untuk tenaga
fisiologikal simpanan semulajadi.
Berpuasa secara amnya digalakkan oleh
kebanyakan Agama dan juga ahli kesihatan untuk beberapa perkara seperti:
·
Mengoptimakan kesihatan
·
Mengurangkan berat badan (berat
lemak tanpa memusnahkan otot)
·
Mengelakkan dari terkena penyakit
kronik tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi
·
Mengembalikan keadaan fisiologi
kepada normal (detoksifikasi) dan melawan jangkitan kuman
·
Mengawal emosi dan psikologi
·
Pemulihan sel sel badan yang rosak
(Autophagy)
·
Lain lain sebab kesihatan dan
psikologikal
Mengapa Intermittent Fasting Menjadi Pilihan?
Kajian beberapa badan saintifik dan kesihatan telah membuktikan bahawa:
A. IF adalah cara yang TERBAIK untuk menyusutkan lemak badan tanpa memusnahkan otot.
B. IF terbukti meningkatkan kesihatan ke tahap optimum.
C. Mereka yang mengamalkan IF mendapati penyusutan lemak badan mereka JAUH LEBIH PANTAS daripada mana mana teknik diet yang mereka pernah amalkan sebelum ini, WALAUPUN TANPA SENAMAN YANG KERAP.
D. Pelan berpuasa yang mudah diikuti di samping DAPAT MENIKMATI MAKANAN YANG DIINGINKAN tanpa rasa bersalah atau kehilangan kenikmatan makanan.
E. Pelan berpuasa yang sangat fleksibel dan mudah diikuti, serta menikmati kebaikan jangka masa panjang atas pemulihan fisiologi badan, seperti berat badan yang optimum, kesihatan mental yang jelas dan tajam serta lebih tahan dari dijangkiti penyakit.
No comments:
Post a Comment