Friday, 10 February 2023

Pengalaman Diet Cara Intermittent fasting

 Sekarang ramai orang dah cuba diet dengan cara Intermitten fasting (IF) kan. Kaedah ini lebih mudah cepat berkesan. Farah pun dah pernah cuba tapi biasalah bila cuti sekolah je kelautlah IF kita.

Sebelum Farah nak cerita pengalaman farah ber IF ni, kita kenal dahulu apa itu Intermitten Fasting ni.

INTERMITTENT FASTING ataupun Berpuasa Terputus BUKANLAH SATU DIET. Ianya adalah pengawalan waktu pemakanan dan berpuasa secara sistematik, menggunakan keupayaan fisiologi sistem penghadaman (Alimentari) untuk membakar lemak secara natural. Ini boleh dicapai dengan berpuasa lebih 8 jam dan mengaktifkan sistem Lipolysis (pembakaran lemak) untuk tenaga fisiologikal simpanan semulajadi.

Berpuasa secara amnya digalakkan oleh kebanyakan Agama dan juga ahli kesihatan untuk beberapa perkara seperti:

·         Mengoptimakan kesihatan

·         Mengurangkan berat badan (berat lemak tanpa memusnahkan otot)

·         Mengelakkan dari terkena penyakit kronik tidak berjangkit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi

·         Mengembalikan keadaan fisiologi kepada normal (detoksifikasi) dan melawan jangkitan kuman

·         Mengawal emosi dan psikologi

·         Pemulihan sel sel badan yang rosak (Autophagy)

·         Lain lain sebab kesihatan dan psikologikal 


Mengapa Intermittent Fasting Menjadi Pilihan?

Kajian beberapa badan saintifik dan kesihatan telah membuktikan bahawa:

A.      IF adalah cara yang TERBAIK untuk menyusutkan lemak badan tanpa memusnahkan otot.

B.      IF terbukti meningkatkan kesihatan ke tahap optimum.

C.      Mereka yang mengamalkan IF mendapati penyusutan lemak badan mereka JAUH LEBIH PANTAS daripada mana mana teknik diet yang mereka pernah amalkan sebelum ini, WALAUPUN TANPA SENAMAN YANG KERAP.

D.      Pelan berpuasa yang mudah diikuti di samping DAPAT MENIKMATI MAKANAN YANG DIINGINKAN tanpa rasa bersalah atau kehilangan kenikmatan makanan.

E.       Pelan berpuasa yang sangat fleksibel dan mudah diikuti, serta menikmati kebaikan jangka masa panjang atas pemulihan fisiologi badan, seperti berat badan yang optimum, kesihatan mental yang jelas dan tajam serta lebih tahan dari dijangkiti penyakit.

Pengalaman Ber IF

Jujur nya, farah sangat suka IF. Sebab, setiap makanan yang bakal kita makan akan membuatkan kita alert dengan kalori yang bakal masuk.
Kita kena main psikologi jugak taw. kalau craving sesuatu makanan, counterback dengan "kalau makan ini kalori tinggi, cepat lapar, dah rugi tak dapat makan nasi" 
bila kita buat macam tu insyaallah hilang craving secara tiba2.
Dalam masa 3 hari akan nampak penurunan. Itu yang Best !
Lagi buat best bila kita ambil set Intermitten Fasting Shaklee.
Set ni lengkap dengan semua nutrisi yang kita perlukan sepanjang ber IF. 
Ingat, dalam proses IF badan kita sangat2 memerlukan nutrisi yang cukup untuk bertenaga. Pastikan makanan yang kita ambil ikut kalori intake harian kita dan bernutrisi.

Kalau susah nak pastikan makanan tu bernutrisi tinggi atau tidak, Ambil je Set Intermitten Fasting shaklee. Mudah je kan !

Paling best siap ada meal plan lagi dan guide untuk korang consume set ni




Jika berminat boleh terus hubungi Farah ya !

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR


ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : MERU IPOH, MANJOI, CHEMOR, TANJUNG RAMBUTAN, TAMBUN, PEKAN IPOH


DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE