Tuesday 5 September 2017

Resepi Brownies Rangup Kegemaran Seisi Keluarga KakFarah

Assalammualaikum... Lama betul rasanya tak share resepi dalam blog nih. hehe acah-acah rajin benor masak nye. Raya puasa lepas kakfarah ada buat brownies tapi resepi asal nya kakfarah dah derhaka sikit ikut selera keluarga kakfarah yang tak berapa suka manis. Gula not good kan hehehe sebab tu kakfarah adjust sikit kuantiti gula tapi tetap sedap walau tak kedut.

Bagi kakfarah setakat nak makan sendiri je tak payah kedut sangat lah janji sedap! ye dak ? hehehe
kakfarah dok cakap sedap-sedap ni sedap benor ke ? opcoz la sebab setiap kali balik kampung mak suruh buat sebab abah suka makan. Walaupon kakfarah dah share resepi ke mak tapi abah nak jugak kakfarah yang buat..hehehe layankan aje.. tak susah pon kan nak bahagia kan ibubapa kita. ☺

ok kak farah share bahan-bahan


  • 1/2 buttercup
  • 200g coklat masakan
  • 4 bj telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tepung naik sendiri
  • 1sdu kecil esen vanilla
  • 2sdu besar serbuk coklat
cara-cara nya pula

  • double boil kan buttercup dan coklat masakan
  • pukul manja telur ( jangan sampai kembang) 
  • masukkan gula ke dalam telur tadi dan esen vanilla
  • masukkan bahan double boil tadi ke mangkuk telur
  • masukkan pula tepung dan serbuk koko
sapukan dulu marjerin ke sekitar loyang dan percikkan sikit tepung sekitarnya kemudian masukkan bancuhan yang dah siap tadi. Bakar 160 darjah celcius , api atas bawah , 30minit.

hasilnya sangat cantik dan tak manis. selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE