Monday 17 October 2016

Benarkah Epidural Penyebab Sakit Belakang ?

Epidural sangat popular dikalangan ibu-ibu hamil. Farah sendiri mengetahui tentang epidural ini selepas disahkan hamil. Bila masuk ke group-group ibu hamil epidural sangat lah popular menjadi isu dikalangan ibu hamil berkongsi kisah dan pengalaman mereka dengan epidural ini. Farah sendiri masa menahan sakitnya contraction ada juga minta kepada nurse nak ubat tahan sakit ni tapi tidak dilayan...hehe.. masa tu seingat Farah dah 8cm bukaan nye memang tunggu nk ke labour room aje.. fuh..bila pikir sakit mmg tak terkata nk cerita mcm mana kan.... :)

okeh kita sambung tentang Epidural ni.

Epidural adalah cara pembiusan yang boleh digunakan sebagai penahan sakit selepas bedah ataupun sebagai cara pembiusan utama waktu pembedahan. Epidural juga sangat popular sebagai penahan sakit sewaktu kelahiran normal.

Jarum yang digunakan memanglah besar, iaitu sepanjang 8cm namun ia bukan dibenamkan selama-lamanya dalam tulang belakang pesakit. Ia hanya digunakan untuk mengesan ruang epidural supaya tiub halus yang disambungkan kepada ubat bius setempat ( local anaesthetic ) boleh diletakkan.

Dah jumpa ruang epidural maka jarum itu pun dibuang. Proses meletakkan tiub epidural selalunya mudah saja. Namun bagi pesakit obes atau bertulang belakang kurang fleksibel ia boleh menjadi sukar dan memerlukan beberapa kali cubaan. Kerap kali sakit belakang selepas epidural dikaitkan dengan cubaan pemasangan epidural yang lama.

cara letak epidural ketika bersalin


Namun Benarkah Epidural Penyebab Sakit Belakang ?

Sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi, malah terlalu ramai orang ada sakit belakang, tak kira jantina, pernah ambil epidural atau tidak.

Dilaporkan bahawa hampir 25 peratus ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin. Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tidak diberi epidural ( hanya gas entonox atau suntikan Pethidine sebagai penahan sakit ) menunjukkan peratusan insiden yang sama dalam kedua kumpulan.

Kajian menunjukkan bahawa tiada perbesaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. 

Namun 3bulan selepas bersalin, ibu yang tidak mendapat epidural pula yang lebih ramai sakit belakang berbanding yang mendapat epidural.

Sewaktu mengandung peruabahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.

Kandungan dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang ( lebih melentik, lumbarlordosis) bagi menampung berat, malah proses tulang belakang untuk kembali ke bentuk asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.


Postur Yang Tidak Betul

Sakit belakang yang non-traumatic antaranya disebabkan postur badan yang tidak betul ( jalan dan duduk membongkok ) kurangnya senaman tulang ( tulang belakang jadi keras dan tidak fleksibel ) , otot perut dan belakang ( Core Muscles ) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi ( duduk lama di pejabat ) dan cara mengangkat barang berat yang tidak betul.

Ada juga pesakit yang dilahirkan dengan tulang belakang yang tak normal ( scoliosis ) maka lebih kerap sakit belakang.

Tak adil sebenarnya mengatakan epidural penyebab sakit belakang kerana bukan ibu mengandung sahaja yang mendapat epidural malah pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan tak kira lelaki atau perempuan.

Ramai sebenarnya yang amat berpuas hati dengan epidural. Ada pesakit yang sanggup bersusah payah mencari hospital yang ada pakar bius yang boleh menawarkan khidmat epidural untuk pembedahannya.

Bagi Farah pula, kesan epidural ini bergantung pada ketahanan badan masing-masing. Jika anda sihat selepas mengambil epidural ini alhamdulilah ..badan anda tulang ada dan postur tulang belakang anda dalam keadaan yang baik. Namun bagi ibu-ibu yang mengalami kesan sakit belakang selepas epidural ini...hormatilah pandangan mereka. Kita tidak boleh terus mendabik dada mengatakan kita tidak mendapat kesan kerana lain orang lain tubuhnya, Dan ingatlah Allah nak tarik nikmat sihat itu sekelip mata sahaja.. Bersyukur dan ucapkan lah Alhamdulilah.

Bagi ibu2 yang mengalami kesan epidural ini bertabahlah..anda seorang ibu yang hebat kerana anda lahir seorang khalifah Allah dimuka Bumi ini. 

wallahualam.


Sumber majalah i-sihat
Petikan rencana dari Facebook Hana Hadzrami
m/s 48 & 49



NAK CUBA RANGKAIAN PRODUK DARI SHAKLEE YANG DIJAMIN SENTIASA SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN?


HUBUNGI SAYA SEKARANG,

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR
ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
COD : SEKITAR IPOH & SELAMA PERAK




No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE