Monday, 16 June 2014

Supplement Ketika Berpuasa


Salam dear all. Kita akan menempuhi Ramadan tak lama lagi kan, di sini saya mahu kongsikan supplemen wajib yang menjadi pilihan ramai untuk berpuasa, Performance Drink. Minuman berperisa oren ini sangat enak bila di minum sejuk .Mari kita tengok apa kelebihannya Performance Drink ini ya?



Sekilas Fakta:


  • Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
  • Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat yang penting untuk tenaga dan stamina berpanjangan.
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan  untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Siapa yang perlukan PERFORMANCE DRINK?

  • Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa
  • Ahli Sukan
  • Mereka yang sibuk dan kurang minum air
  • Mereka yang banyak berjemur atau bekerja on site
  • Orang yang demam, PD mengelakkan badan menjadi dehidrated
  • Anak-anak kecil yang bersekolah, terutama yang baru hendak belajar berpuasa.
  • Semua individu di galakkan ambil performance drink bagi mengelakkan kelesuan dan agar kekal bertenaga

Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan. Shaklee perfomanfe terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, perfomance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. 

Secara ringkasnya minuman perfomance drink ini sama fungsinya seperti air 100plus, tetapi air yang berada di pasaran mengandungi terlampau banyak gula dan tidak sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Berbeza dengan perfomance drink ini, ianya tiada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan, selamat untuk semua golongan daripada kanak-kanak hinggalah warga tua.

Apakah yang membuatkan kita bertenaga sepanjang hari?
Campuran Elektrolit OPTI-LYTE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Bagi penggemar produk shaklee, Perfomance Drink ini erupakan produk yang paling digemari di bulan ramadhan dan merupakan salah satu gabungan Tripple Gem yang menjadi kegemaran ibu-ibu yang sentiasa aktif dan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka serta ibu-ibu hamil.

Jika berminat hubungi saya untuk dapatkan perfomance drink anda hari ini juga ^^

SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.


                                     


Sunday, 8 June 2014

 TIPS BERPUASA IBU MENGANDUNG


Assalamualaikum semua!

Hari ni nak share tips-tips berpuasa untuk ibu hamil... kebetulan jugak nih, ramai ahli keluarga & kenalan rapat saya yg sedang hamil sekarang nih.. termasuk lah saya sendiri..hehhehe ..tapi alhmdulilah setakat hari ini alahan saya tidak lah teruk sangat..loya2 sikit tue je...

sesetengah kenalan rapat ada yg baru 3 bulan dan masih loya-loya, ada yg sedang selesa di trimester kedua, dan ada jugak yg dah sarat nak 'tunggu hari' je.. hehehe.. apa-apa pun, saya sendiri sedang melatih diri menjalani ibadah puasa sekarang ni sebagai persiapan diri untuk RAMADHAN nanti.. Ternyata, MEMANG KENA JAGA PEMAKANAN tau untuk memastikan kita kekal bertenaga sehingga tibanya waktu berbuka! (^_^)

Ok, jom kita tengok wahai mak buyung-mak buyung sekalian ye... ^_^



Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?
Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.


Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • Susu atau yogurt rendah lemak;
  • Sup jernih.
  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh; dan, banyak sayur-sayuran.
  • Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan



Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:



  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat


Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.


Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadhan?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.

Adakah supplement Shaklee yang boleh membantu saya bertenaga sepanjang hari saya berpuasa? 

Adaaaa! Ini dia... gabungan Triple Mighty Gem! Boleh dicampur ketiga-tiganya untuk dijadikan hidangan ENERGY SHAKE anda sepanjang Ramadhan!


tips berpuasa untuk ibu hamil



MEALSHAKES >> dengan rasa French Vanilla yg lazat, ia akan meambahkan perasa yg lazat pada Energy Shake anda! Dengan 19 vitamin & mineral yg lengkap, ia akan memastikan badan anda mendapat bekalan yg secukupnya untuk bertahan sehingga waktu berbuka!

ESP >> Energy Booster berasaskan non-GMO soya & kaya dengan protein ini, akan menjadikan akan berasa kenyang untuk jangka masa yg lama..

PERFORMANCE DRINK>> mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatka hidrasi. memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium. memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.




SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR

ID NO :  987902
FARAH QURRATUN AINI
CALL | SMS | WHATSAPP : 016-4140985
FB : FARAH QURRATUN
FB PAGE : KEDAI VITAMIN & SET IBU HAMIL
COD : IPOH, TAMBUN, BERCHAM, MERU, MANJOI, TAMAN PERPADUAN, TANJUNG RAMBUTAN.



DISCLAIMER PRODUK SHAKLEE